About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

28 November 2010

UCL Game 5 : Sporting Braga vs Arsenal

  1. Sporting Braga stun Arsenal

 

Tuesday November 23, 2010 Group Phase: Group H Finished 

Estádio Municipal de Braga

Sporting Braga 2 - 0 Arsenal




BRAGA, Portugal – Matheus menjaringkan dua gol pada tujuh minit terakhir perlawanan untuk Braga melakar kejutan menang 2-0 ke atas Arsenal dalam Liga Juara-Juara kelmarin.

Matheus meloloskan diri menerusi serangan balas pada minit ke-84 dan rembatan kaki kiri pemain itu melepasi jangkauan Lukasz Fabianski.

Dia kemudiannya mengelecek tiga pemain untuk menjaringkan gol kedua pada masa tambahan.

Rayuan Arsenal untuk sepakan penalti dinafikan sebelum jaringan pertama Matheus apabila pemain gantian Carlos Vela dijatuhkan oleh penjaga gol Braga, sebaliknya pemain Arsenal itu dilayangkan kad kuning kerana didakwa sengaja menjatuhkan badan.

Begitupun pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji skuadnya walaupun peluang untuk ke pusingan kalah mati terus buntu.

Arsenal buru layak ke pusingan kalah mati kali ke-11 berturut-turut apabila kalah kepada lawan yang mereka belasah 6-0 di padang sendiri.

Arsenal, naib juara 2006, perlu menang pada perlawanan terakhir Kumpulan di Belgrade untuk mengumpul 12 mata.

Namun Shakhtar menjadi pilihan untuk mengalahkan Braga di padang sendiri.

“Ia keputusan yang sangat mengecewakan,’’ kata Wenger, mengenai keputusan pengadil dari Hungary, Viktor Kassai yang menafikan penalti pasukannya ketika Vela djatuhkan penjaga gol, Alberto Rodriguez.

Ulang tayang televisyen menunjukkan memang berlaku kekasaran.

“Saya mahu tengok apa yang dilakukan oleh pegawai perlawanan kelima. Kami tidak mencipta banyak peluang gol akibat komunikasi yang minimum di bahagian pertahanan.

Namun dia menegaskan: “Saya yakin kami akan ke pusingan kalah mati. Cuma kami perlu bersabar,’’.

Rakan sejawat Wenger di Sporting Braga, Domingos Paciencia berkata, pasukannya berjaya mengatasi rasa rendah diri pada babak pertama dan beraksi lebih baik pada babak kedua.
“Segala-galanya berubah buat kami pada babak kedua. Kami lebih tenang. Kami mengetepikan rasa takut,’’ katanya. – Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...