Arsenal 2 - 3 Tottenham Hotspurs
- Nasri 9’
- Chamakh 27’

Ok, so aku nak berkongsi dulu kesebelasan utama kita pada malam tadi sebelum aku merungkai lebih berkenaan game tersebut.
Arsenal's Team XI
Fabianski
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
Fabregas---Song---Denilson
Nasri---Chamakh---Arshavin
Subs: Szczesny, Djourou, Eboue, Wilshere, Walcott, Rosicky, RvPersi.
Koscielny kembali diturunkan selepas tamat pergantungan 2 perlawanan beliau, tetapi aku rasa elok Djourou dikekalkan selepas aksi cemerlang beliau pada game2 yang lepas dan bagi mengekang penyerang Spurs yang tinggi lampai. Denilson pula diturunkan selepas Wenger membuat keputusan merehatkan pemain muda sensasi kita iaitu Wilshere. Itu saja perubahan yang aku lihat selepas kemenangan di Everton 6 hari lepas.

Kita terus menerus menguasai perlawanan, boleh dikatakan setiap gerakan kita memberi ancaman kepada Spurs untuk separuh masa pertama nie. Kemudian Chamakh menambah derita Spurs dengan gol kedua Arsenal. Hasil serangan balas yang dimulakan Fabregas dari tengah padang. Beliau bijak mencari Arshavin yang tidak dikawal, kemudian Arshavin mengumpan bola kepada Chamakh yang hanya menahan bola tersebut ke gawang Spurs. Gol kedua tersebut aku rasa dah cukup untuk bekalan separuh masa pertama nie.
Kemudian kita sedikit memperlahankan permainan. Fabregas cukup cemerlang dengan gerakan dan umpanan beliau. Beliau juga dilihat sudah kembali ke prestasi terbaik beliau. Tetapi beberapa peluang terbuka gagal disudahi beliau bagi menambah derita Spurs. Tamat separuh masa pertama, kita begitu yakin untuk mengharungi baki 45 minit lagi.

Aku dah rasa tak selesa dah dengan gol Bale tuh. Aku pun mula perasan yang permainan Van der Vart kembali cemerlang untuk separuh masa kedua nie. Kenapa la kita gagal mengawal Van der Vart dan Bale sepertimana kita kawal diorang masa 45minit awal tadi. Aku tak paham?? Song tenggelam, Denilson lagi la. Chamakh pula gagal dah buat sesuatu selepas aksi cemerlang separuh masa pertama. Kemudian Spurs dihadiahkan sepakan penalti. Puncanya Fabregas...Tengok,sampai kapten sendiri pun main hancur. Kenapa harus angkat tangan?? Aku rasa kalu bola dibiarkan pun mungkin tak akan gol. Sebab aku dah kembali yakin Fabianski mampu menyelamatkan bola tersebut. Tetapi apa lagi nak dikata, benda dah jadi. So Van der Vart menyamakan kedudukan selepas memperdayakan Fabianski di pintu gol.
Aku lihat semangat Spur berkobar-kobar untuk mencari gol 3. Tetapi aku melihat game malam nie masih mampu memberi mata kepada kita walaupun 1 mata. Tetapi entah kenapa, selepas Van Persi, Walcott, dan Rosicky masuk kita semakin tenggelam. Kenapa Wenger tak mengekalkan saja Chamakh, tambah saja Van Persi dan keluarkan Denilson mengantikan Rosicky?? Tak pun masukan Djourou ganti saja si pendek Koscielny tu. Tekanan aku tengok taktikal Wenger. Mungkin Wenger ada jawapan tersendiri.

Gandingan Squillaci dan Koscielny tak sesuai langsung. Aku lebih suka Squillaci dengan Djourou. Taktikal 4-3-3 Wenger juga berkesan tetapi perlu perubahan sekiranya kita dalam keadaan tertekan. Harus tukar kembali kepada 4-4-2. Kita penyerang ramai la, Vela, Bendtner, Chamakh, Persi, Walcott, Arshavin..aku rasa tiba masanya Wenger buat perubahan dan rombak kembali taktikal Arsenal kalau mau kejuaraan menjadi hak kita musim nie.
Cukup la, aku tak larat dh nak kenang aksi semalam. Sakit hati nie, sakit..Tapi kita terpaksa juga menelan kekalahan sebegini. Nasib la Chelsea pun kalah, kalau tidak jauh la diorang tinggal kita. aku lihat Manu dah kembali garang. So, selapas nie ayuh Gunners kita kembali bangun dari kekecewaan malam nie. Beri yang terbaik untuk penyokong setia Arsenal tuk musim ni. So adios!!!!!
2 comments:
koi kecewaaaaaaa
sama la kita
Post a Comment