MADRID: Penyerang Argentina, Lionel Messi (gambar) menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77 bagi membolehkan Barcelona menewaskan Athletic Bilbao, 2-1 di laman sendiri, semalam untuk kembali lima mata di depan Real Madrid.
LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan, Barcelona tetap pilihan untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah biarpun pasukannya berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan juara Sepanyol itu 2-1 dalam perlawanan dramatik pusingan 16 terbaik di Stadium Emirates, semalam.
MADRID - Jaringan hatrik Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi membantu Barcelona memahat sejarah baru dengan mencatat 16 kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Sepanyol, sekali gus memadam rekod lama milik Real Madrid - 15 kemenangan berturut-turut yang dicatat pada musim 1960-1961
BARCELONA: Karim Benzema membantu Real Madrid melakar kemenangan 1-0 ke atas Sevilla sebelum Barcelona turun membelasah Almeria 5-0 pada separuh akhir pertama Copa del Rey, semalam. Pemain Perancis, Benzema melenyapkan kritikan terhadapnya dengan menjaringkan gol berharga di gelanggang lawan pada minit ke-17 di Stadium Sanchez Pizjuan.
MADRID - Pasukan bimbingan Pep Guardiola, Barcelona mencatat sejarah apabila menyamai rekod kemenangan terbanyak dalam Liga Sepanyol yang dipegang musuh ketat mereka, Real Madrid.
MADRID - Gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona berada di landasan untuk menempah pertembungan sesama sendiri dalam babak akhir Piala Raja Sepanyol selepas memenangi aksi separuh akhir pertama masing-masing, semalam.
MADRID: Juara bertahan, Barcelona melebarkan jarak kepada tujuh mata dari Real Madrid di tangga teratas carta liga divisyen satu Sepanyol kelmarin apabila gol daripada Pedro Rodriguez, Lionel Messi dan Andres Iniesta memastikan kemenangan 3-0 di gelanggang sendiri ke atas Racing Santander.
MADRID - Barcelona mara ke separuh akhir Piala Raja Sepanyol dengan agregat 6-3 ke atas Real Betis, walaupun kalah pada perlawanan timbal balas dengan pasukan divisyen dua itu, kelmarin.
Barca membelasah pasukan yang berpangkalan di Seville, Betis 5-0 pada suku akhir pertama minggu lalu di Nou Camp.
BARCELONA: Barcelona memanjangkan rekod tanpa kalah kepada 28 perlawanan kelmarin, iaitu rekod terbaru kelab itu apabila menewaskan Malaga 4-1 untuk menjarakkan kedudukan kepada empat mata dalam liga Sepanyol selepas Real Madrid yang menduduki tempat kedua seri 1-1 dengan pasukan tercorot, Almeria.
Andres Iniesta, David Villa dan Pedro Rodriguez menjaringkan gol pada babak pertama dan Villa menambah satu lagi selepas rehat untuk mencipta rekod baru dalam sejarah 111 tahun Barcelona, yang sebelum ini memiliki rekod 27 perlawanan tanpa kalah pada musim 1973-74.
Barcelona mengutip 52 mata, rekod liga untuk separuh musim, memecahkan rekod yang dicipta mereka pada dua musim lalu dengan dua mata.
MADRID - Lionel Messi meraikan kejayaannya meraih anugerah Ballon d'Or dengan mencatat jaringan hatrik ketika membantu Barcelona membelasah Real Betis 5-0 dalam saingan suku akhir Copa del Rey, kelmarin.
Saturday January 8, 2011Day 18FinishedEstadio Riazor
Deportivo La Coruña 0 - 4 FC Barcelona
Villa 26’
Messi 52’
Iniesta 80’
Pedro 81’
MADRID - Lionel Messi menjaringkan gol menerusi sepakan bebas dan membuka gerakan untuk dua lagi gol Barcelona, ketika membelasah pasukan tuan rumah Deportivo Coruna 4-0 kelmarin dan berkelebihan lima mata di tangga teratas Liga Sepanyol.