‘DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.’
Pada tanggal 21 november 2010 terikatlah sudah kasih serta cinta yang dipupuk sejak dibangku sekolah lagi yang membawa ke jinjang pelamin.Pelbagai dugaan sepanjang menjalinkan hubungan selama lebih 7 tahun akhirnya berjaya dibuktikan diatas kesetiaan pasangan pegantin baru ini.Ibarat kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit,maka pelbagai dugaan,pelbagai cabaran sepanjang perhubungan mereka ini mereka hadapi dengan tabah serta kesefahaman. Pepatah Melayu, ada berkata “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing begitulah kisah percintaan mereka dimana mereka bersama menghadapi susah senang bersama.Dikala si dia memerlukan sokongan,si dia turut akan menyokong serta membantu.
segak belaka
Tahniah diatas perkahwinan sahabatku syamsul bersama musmaizhatul,pasangan kepada pegantin lelaki ini aku kenali sejak zaman persekolahan.Sehinggalah menamatkan pengajian dan melanjutkan pelajaran diutara pegantin lelaki ini lagi sekali memperkenalkan isterinya kepada aku. Setelah lama bercinta dan mengenal hati budi masing,akhirnya kata sepakat telah diperolehi dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga.Maka tarikh bersejarah tersebut menjadi bukti percintaan mereka berdua suci dan ikhlas. Seawal jam 8.00 pagi waktu Malaysia rombongan lelaki telah bersedia dirumah pengantin lelaki bagi majlis perarakan pegantin ke rumah pegantin wanita.
aku bersama pengantin serta majdi kwn dari sek ren
Aku dan kawan-kawan lain ditugaskan membawa hantaran,setelah dipersetujui semua kami melantik cikgu syed sebagai ketua rombongan memandangkan diantara kami semua dialah calon paling sesuai dan berpengalaman. Kami bertolak ke Kuantan pada jam 10.30 pagi waktu Tanah Merah (rumah pengantin lelaki),sebelum memulakan perjalanan imam kampung kami.Tuan hajI Norin membacakan doa semoga majlis berlangsung dengan selamat dan perjalanan kami pergi dan pulang dilindungiNYA. Sebanyak lebih kurang 15 buah kenderaan mengiringi majlis perarakan tersebut,aku menaiki kereta bersama pengantin lelaki.
Selain dari itu pengapit turut menaiki kenderaan yang sama, semasa dalam perjalan kelihatan tenang dan ceria diwajah pengantin lelaki.Maklumlah akan bergelar suami kepada isteri tercinta tidak lama lagi,setibanya kami di Masjid Baru Permatang Badak aku dan kawan-kawan lain membawa hantaran untuk digandingkan dengan hantaran pihak perempuan. Kelihatan wajah-wajah ceria serta gembira dipihak pengantin perempuan,wajah pengantin perempuan juga kelihatan manis serta cantik sekali dengan memakai pakaian serba putih sedondon dengan pengantin lelaki. Kedua-dua pasangan kelihatan bertenang tapi dalam hati siapa yang tahu,mungkin nyaris-nyaris tercabut jantung berdebar menanti tok kadi datang.
berkumpul dirumah pengantin
Tidak lama selepas itu kelihatan seorang lelaki tua membawa beg bimbit berpakaian jubah putih berseri,siapakah dia?masing-masing tertanya-tanya,rupanya dia adalah…tok kadi yang akan menikahkan merek. Majlis akad nikah bermula,detik jam 12.15 tengahari waktu Kuantan maka dengan ini diisytiharkan mereka syamsul & musmaizathul sah digelar sebagai suami isteri.Dengan sekali akad sahaja mereka sah digelar suami isteri,dan tidak semena-mena air mataku mengalir kegirangan bukan kerana sedih,tetapi aku gembira dan terharu kerana sahabat karibku dari sekolah rendah lagi menamatkan zaman bujangnya.
menunggu kehadiran tok kadi
bersalaman dengan ibu mentua
Aku amat bersyukur kepadaMU Ya Allah kerana memperjodohkan mereka hingga ke pelamin,setelah selesai kami semua bergerak ke Dewan Belia Kuantan bersebelahan dengan Kolej Shah Putra.Disitu jamuan kenduri diadakan,boleh tahan juga aku dan pengapit menunggu pasangan pengantin tiba kerana mereka pulang ke rumah terlebih dahulu untuk menukar pakaian lain.Selain dari itu aku turur ditemani imam muda majdi best,kami bertiga menjaga barang-barang hantaran untuk dibawa sekali setibanya pengantin nanti. Lebih kurang 1 jam 30 minit kami menunggu pegantin akhirnya derita kami selesai mereka tiba menaiki kereta Myvi berwarna putih..Fuhhhhhhh..lega-lega akhirnya mereka tiba,ikutkan hati nak je hempuk pengantin lelaki tue tetapi memandangkan kawan cancel la..kami semua bersedia dengan hantaran masing-masing,yang unik lagi menarik pihak pengantin lelaki yang membawa hantaran semuanya kamu adam manakala pengantin perempuan semuanya kaum hawa.
Tergelak juga la x pernah dibuat orang lelaki semua bawa hantaran,tetapi tidak mengapa kerana kami memang suka sebenarnya.Bukan orang lain pun kawan sendiri juga yang kawen,mereka akhirnya duduk dijinjang pelamin dan ditepung gandumkan oleh pihak keluarga.Sebagai mengakhiri ayat,aku dan kawan-kawan lain mengucapkan tahniah semoga perkahwinan mereka akan kekal abadi selamanya.Apa yang diharapkan pegantin lelaki dah kawin ni janganlah bila kawan-kawan ajak negeteh atau main futsal tak nak serta sekali..:)
Aku kehilangan seorang teman,tetapi aku menumpang kegembiraan teman..maka aku akan teruskan perhubungan persahabatan aku ini sehingga keakhir hayat aku.Kepada kawan-kawan yang lain aku doakan agar kita akan ketemu jodoh suatu hari nanti,ingatlah,percayalah bahawa ALLAH SWT telah menetapkan jodoh seseorang itu sejak dari rahim ibu lagi.
Bersama-samalah kita berusaha agar ketemu dengan jodoh yang ditetapkan. Kepada syamsul & musmaizhatul kawan-kawan disini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah,,tinggi mana pun tak tahu la..semoga rumah tangga kamu berdua akan kekal selamanya..ingat dalam rumah tangga tidak ada yang sempurna..maka selesaikanlah secara baik bagi membahagiakan rumah tangga.
Dari sahabat kepada sahabat.

Selamat pengantin baru sahabatku
Dari sahabat kepada sahabat.
3 comments:
dah ade mir.... terharu pulop tgok ayat - ayat ko kali ni....
aok jgn terharu nanti koi nangis hu2..nanti aok kawen koi buat jgak jgn riso..
koi pun nok nangis baca nye.. tak de hal rodong2... koi tetep bersama aok me
Post a Comment