About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

24 November 2010

BPL Game 14 : Arsenal vs Tottenham Hotspurs

 

  1. Tottenham comeback stuns Arsenal

Saturday November 20, 2010 Day 14 Finished Emirates Stadium

Arsenal 2 - 3   Tottenham Hotspurs


  • Nasri 9’
  • Chamakh 27’


Aku macam tak percaya ja tengok performance team kita main tuk separuh masa kedua. Kenapa boleh jadi macam nie?? Dari nampak cahaya kemenangan dan boleh jadi pendahulu liga, menjadi samar2 selepas gol penyamaan penalty murahan Van der Vart kemudian terus tewas..kenapa jadi macam nie??aku tak paham betul..mungkin anak buah Wenger saja yang boleh menjawab segala persoalan yang menjadi punca kekalahan kedua berturut2 kita di halaman sendiri.

Ok, so aku nak berkongsi dulu kesebelasan utama kita pada malam tadi sebelum aku merungkai lebih berkenaan game tersebut.

Arsenal's Team XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
Fabregas---Song---Denilson
Nasri---Chamakh---Arshavin

Subs: Szczesny, Djourou, Eboue, Wilshere, Walcott, Rosicky, RvPersi.
Koscielny kembali diturunkan selepas tamat pergantungan 2 perlawanan beliau, tetapi aku rasa elok Djourou dikekalkan selepas aksi cemerlang beliau pada game2 yang lepas dan bagi mengekang penyerang Spurs yang tinggi lampai. Denilson pula diturunkan selepas Wenger membuat keputusan merehatkan pemain muda sensasi kita iaitu Wilshere. Itu saja perubahan yang aku lihat selepas kemenangan di Everton 6 hari lepas.

Untuk gambaran separuh masa pertama, kita bermain cukup cemerlang. Aku memang nak sangat tengok persembahan yang macam nie dari pasukan kesayangan kita nie. Hasil dari persembahan cemerlang diawal permainan kita di hadiahkan gol cantek selepas Nasri berjaya melencongkan bola kegawanang dalam sudut yang sangat sukar. Gol hasil dari umpanan cantek dari Fabregas. Aku tengok muka Nasri begitu puas hati dengan gol magik tersebut.

Kita terus menerus menguasai perlawanan, boleh dikatakan setiap gerakan kita memberi ancaman kepada Spurs untuk separuh masa pertama nie. Kemudian Chamakh menambah derita Spurs dengan gol kedua Arsenal. Hasil serangan balas yang dimulakan Fabregas dari tengah padang. Beliau bijak mencari Arshavin yang tidak dikawal, kemudian Arshavin mengumpan bola kepada Chamakh yang hanya menahan bola tersebut ke gawang Spurs. Gol kedua tersebut aku rasa dah cukup untuk bekalan separuh masa pertama nie.

Kemudian kita sedikit memperlahankan permainan. Fabregas cukup cemerlang dengan gerakan dan umpanan beliau. Beliau juga dilihat sudah kembali ke prestasi terbaik beliau. Tetapi beberapa peluang terbuka gagal disudahi beliau bagi menambah derita Spurs. Tamat separuh masa pertama, kita begitu yakin untuk mengharungi baki 45 minit lagi.

Separuh masa kedua rupanya agak terbalik skip di Emirates. Spurs tiba-tiba mendapat semangat. Mereka menyusun gerakan dengan baik dan cuba mencari gol seawal mungkin bagi mengurangkan defisit 2 gol di awal permainan. Hasilnya, selepas 5 minit permainan bersambung Bale menceriakan penyokong pelawat. Hasil sepakan percuma kita, Spurs membuat serangan balas yang baik. Van der Vart menyambut tandukan Defoe sebelum melorongkan kepada Bale yang mudah menewaskan Fabianski untuk gol pertama Spur.

Aku dah rasa tak selesa dah dengan gol Bale tuh. Aku pun mula perasan yang permainan Van der Vart kembali cemerlang untuk separuh masa kedua nie. Kenapa la kita gagal mengawal Van der Vart dan Bale sepertimana kita kawal diorang masa 45minit awal tadi. Aku tak paham?? Song tenggelam, Denilson lagi la. Chamakh pula gagal dah buat sesuatu selepas aksi cemerlang separuh masa pertama. Kemudian Spurs dihadiahkan sepakan penalti. Puncanya Fabregas...Tengok,sampai kapten sendiri pun main hancur. Kenapa harus angkat tangan?? Aku rasa kalu bola dibiarkan pun mungkin tak akan gol. Sebab aku dah kembali yakin Fabianski mampu menyelamatkan bola tersebut. Tetapi apa lagi nak dikata, benda dah jadi. So Van der Vart menyamakan kedudukan selepas memperdayakan Fabianski di pintu gol.

Aku lihat semangat Spur berkobar-kobar untuk mencari gol 3. Tetapi aku melihat game malam nie masih mampu memberi mata kepada kita walaupun 1 mata. Tetapi entah kenapa, selepas Van Persi, Walcott, dan Rosicky masuk kita semakin tenggelam. Kenapa Wenger tak mengekalkan saja Chamakh, tambah saja Van Persi dan keluarkan Denilson mengantikan Rosicky?? Tak pun masukan Djourou ganti saja si pendek Koscielny tu. Tekanan aku tengok taktikal Wenger. Mungkin Wenger ada jawapan tersendiri.

So akibatnya, kita tewas selepas set-piece menarik dari Van der Vart yang berjaya disudahkan oleh Kaboul melengkapkan malam penuh derita Arsenal dan memberi malam penuh ceria kepada Spurs. Aku puji la semangat Spurs walaupun aku tak suka memberi puji kepada Spurs. Malu beb kalah kepada pasukan jiran. Nie merupakan game ke-3 kita kalah dikangdang sendiri. Kenapa musim nie kita teruk sangat main kat Emirates?? Tetapi aku melihat punca dia gandingan pertahanan yang tak kukuh.

Gandingan Squillaci dan Koscielny tak sesuai langsung. Aku lebih suka Squillaci dengan Djourou. Taktikal 4-3-3 Wenger juga berkesan tetapi perlu perubahan sekiranya kita dalam keadaan tertekan. Harus tukar kembali kepada 4-4-2. Kita penyerang ramai la, Vela, Bendtner, Chamakh, Persi, Walcott, Arshavin..aku rasa tiba masanya Wenger buat perubahan dan rombak kembali taktikal Arsenal kalau mau kejuaraan menjadi hak kita musim nie.

Cukup la, aku tak larat dh nak kenang aksi semalam. Sakit hati nie, sakit..Tapi kita terpaksa juga menelan kekalahan sebegini. Nasib la Chelsea pun kalah, kalau tidak jauh la diorang tinggal kita. aku lihat Manu dah kembali garang. So, selapas nie ayuh Gunners kita kembali bangun dari kekecewaan malam nie. Beri yang terbaik untuk penyokong setia Arsenal tuk musim ni. So adios!!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...