About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

15 November 2010

BPL Game 13 : Everton lawan Arsenal



  1. Arsenal triumph at Everton


Sunday November 14, 2010 Day 13 Finished Goodison Park

Everton 1 - 2 Arsenal
 
* Sagna 36
* Fábregas 48
* Cahill 89

DOWNLOAD GOAL








Wohooo..gembira aku rasa game malam nie,ada 3 sebab kenapa aku gembira sangat..1st Arsenal menang sekali lagi dengan Everton di Goodison Park..aku rasa dah boleh kot tukor kepada Good For Arsenal Park...hehe..2nd sebab predict kali nie mengena dengan 2-1 serta Fabregas score gol. 3rd sebab kita dh mendaki ke tangga ke-2 mengatasi Manchester United. Game malam nie memang terbaik walaupun gagal mengelak dari dibolosi, tetapi keputusan nie cukup bermakna buat Arsenal.

Ok, aku nak berkongsi kegembiraan kali nie dengan korang, tapi sebelum tuh kita tengok dulu line-up Arsenal pada malam nie :-

Arsenal's Team XI

Fabianski
Sagna---Squillaci---Djourou---Clichy
Fabregas---Song---Wilshere
Nasri---Chamakh---Arshavin

Wenger membuat sedikit pertukaran dari perlawanan menentang Wolver 3 hari lepas dengan merehatkan Rosicky dan menggunakan Arshavin di bahagian kiri. Selain itu semua pemain dikekalkan. Chamakh terus diberi kepercayaan menggalas cabaran kali nie. Wilshere yang dijangka akan direhatkan juga diturunkan. Walcott dan RvPersi tidak beraksi walaupun sudah cergas sepenuhnya. Bendtner yang memberontak baru2 nie tidak menyertai team kita kali nie.

Kunjungan kita kali nie ke Goodison Park tidak banyak beza dengan kunjungan sebelum ini cuma prestasi semasa Everton sedikit merisaukan kita. Arsenal bermula baik di awal permainan sebelum permainan bertukar menjadi agak keras dengan Everton bermain agak fizikal dengan setiap bola yang pemain kita dapat, ada saja pemain mereka yang datang merempuh. Sehinggalah pengadil berjaya mengawal permainan dengan satu layangan kad kuning kepada Heitinga.

Arsenal yang memperolehi beberapa peluang menjaringkan gol gagal memanfaatkan peluang tersebut dengan setiap gerakan berjaya dihalang penjaga gol dan pertahanan Everton. Arshavin beraksi agak baik pada malam nie. Chamakh masih lagi tenggelam dengan permainan fizikal pihak lawan, Nasri begitu efficient untuk game kali nie.

Tetapi kita berjaya memperoleh gol selepas satu gerakan dari Fabregas berjaya mencari Sagna yang tidak dikawal rapi. Sagna berjaya merembat masuk melepasi Howard pada sudut yang agak sukar. Gol cantek tersebut meningkatkan keyakinan anak buat Wenger sebelum separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula baik apabila kita berjaya melebarkan kedudukan selepas 2 minit separuh masa bermula. Kemasukan Denilson mengantikan Wilshere merupakan keputusan bijak Wenger selepas Denilson memulakan gerakan dengan membuat hantaran kepada Chamakh dalam kotak penalti tetapi melihat Fabregas berada dalam kedudukan yang lebih selesa, Chamakh mengumpan bola kepada kapten pasukan sebelum beliau melepaskan rembatan kencang melepasi jangkauan Howard. Kedudukan 2-0 memberi sedikit keselesaan kepada pasukan kita.

Everton membuat beberapa pertukaran dengan memasukan Yakubu dan Beckford bagi memcari sekurang-kurangnya gol penyamaan. Tetapi kita terus mengawal permainan dengan peluang keemasan dari Nasri yang berjaya membuat larian solo dari tengah padang gagal menyepak masuk selepas berjaya menewaskan pertahanan sebelum Howard berjaya menepis rembatan beliau. Chamakh juga agak malang malam nie,bola dah ada depan mata yang hanya perlu menahan ke jaring saja. Tetapi tampanan beliau melambung melepasi palang ketika Howard telah tewas sepenuhnya.

10minit terakhir Everton meningkatkan serangan bertali arus. Bermula saat nie khidmat Fabianski sangat ditagih. Beliau berjaya menahan asakan lawan dengan aksi menyelamat yang begitu cemerlang. Menepis rembatan Beckford, menangkap sepakan percuma Baines, menepis lagi sepakan Saha dan memberi sepakan penjuru. Tetapi kali nie Everton berjaya juga mencari gol saguhati apabila Cahill berjaya menolak masuk bola dari jarak dekat. Akhirnya tewas juga Fabianski. Tamat permainan, Arsenal berjaya mengalahkan Everton dengan 2-1. Tahniah..

Tuk game malam nie aku rasa kecemerlangan Fabianski mengatasi aksi pemain lain. Jadi aku rasa layak Fabianski diberi pemain terbaik perlawanan pada kali nie. Nasri juga beraksi cemerlang dan beliau layak berada dikedudukan kedua selepas Fabianski. Fabregas masih lagi tercari-cari ketenangan dan ketepatan dalam permainan melainkan gol yang disumbangkan menutupi aksi yang agak tidak sempurna dari Fabregas.

Aku rasa musim nie merupakan bermulanya era Fabianski sebagai lagenda Arsenal. Tetapi dia kena konsisten dan jangan mudah termakan pujian dan mudah mendabik dada. Prestasi pemain kadang kala turun naik. Tetapi prestasi buruk dia aku rasa dah lepas, kini masanya dia memberi yang terbaik untuk Arsenal. So tahniah sekali lagi team kita menang. So kita dah naik ke tempat ke-2 mengatasi Manchester United. Chelsea pula mcm nak kalah ja, dah kena 2-0. So peluang kita sangat cerah dengan hanya dipisahkan 2 mata saja sekarang nie. So cukup dulu setakat nie..Adios!!!








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...