About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

28 November 2010

BPL Game 15 : Aston Villa vs Arsenal

Arsenal win at spirited Villa

Saturday November 27, 2010 Day 15 Finished Villa Park

Aston Villa 2 - 4 Arsenal


  • Clark 52’, 71’

LONDON - Kemenangan Arsenal 4-2 ke atas Aston Villa pada perlawanan Liga Perdana, semalam mampu memberi kelegaan kepada pemain serta penyokong kelab itu setelah gagal mengutip sebarang mata pada perlawanan minggu lalu.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengumpul 29 mata daripada 15 perlawanan yang telah berlangsung dan sekali gus memberi semangat baru untuk Gunners memburu gelaran juara musim ini.

Pada aksi separuh masa pertama, Arsenal lebih banyak melakukan serangan terhadap pertahanan Villa, menerusi rangkaian penyerang Gunners, Marouane Chamakh dan Samir Nasri yang beraksi cemerlang mengasak kubu lawan.

Serangan bertubi-tubi ke pintu gawang Villa akhirnya membuahkan hasil apabila bintang Rusia, Andrei 

Arshavin meledakkan gol pertama buat pasukannya pada minit ke-39, sebelum Nasri menyumbat gol kedua pada minit ke-45.

Bagaimanapun, pada babak kedua perlawanan, Villa mula mengatur langkah untuk melakukan serangan balas terhadap pertahanan Arsenal, yang akhirnya mendatangkan hasil apabila pasukan tuan rumah itu memperoleh gol sulung menerusi pemain tengah, Ciaran Clark pada minit ke-52.

Tekanan bertali arus oleh Villa akhirnya mengundang padah apabila skuad bimbingan Arsene Wenger melakukan serangan balas yang membuka laluan kepada pasukan pelawat itu menjarakkan kedudukan 3-1 pada minit ke-56 melalui jaringan Chamakh yang berjaya mengelirukan penjaga gol Villa, Brad Friedel.

Tuan rumah yang enggan mengaku kalah sekali lagi berjaya menggegarkan pintu gol Arsenal apabila Clark menyumbat gol kedua pada minit ke-71 bagi merapatkan jurang.

Namun, Arsenal memastikan kemenangan selesa menerusi jaringan kencang pemain tengah, Jack Wilshere yang menjadikan kedudukan 4-2 pada minit terakhir perlawanan.

Pada perlawanan minggu depan, Arsenal dijangka bertemu Fulham, manakala Villa akan menghitung pertemuan dengan pasukan bimbingan Roy Hodgson, Liverpool.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...