About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

07 January 2011

Copa Del Ray : Last 16 ( 2nd Leg ) Athletic Bilbao vs Barcelona

- 0

Wednesday January 5, 2011 Last 16 Finished San Mamés

Athletic Bilbao 1 - 1 FC Barcelona


  • Llorente 85’
  • Abidal 75’
  Agg 1-1 ( Barcelona won away Goal )

BARCELONA: Barcelona melangkah ke suku akhir Copa del Rey dengan jaringan tempat lawan apabila seri 1-1 ke atas Athletic Bilbao, kelmarin.


Selepas terikat 0-0 di perlawanan pertama, pemain pertahanan Barcelona, Eric Abidal menjaringkan gol pertama hasil hantaran Lionel Messi pada minit ke-76. Jaringan itu yang kedua sepanjang kerjaya Abidal, gol pertama ketika bersama Lyon.

“Saya tidak jangka sama sekali berjaya menjaringkan gol,” kata pemain antarabangsa Perancis itu.

“Saya membantu pasukan dan akan melakukan cubaan setiap kali mendapat peluang. Kali ini, saya bertuah,” katanya lagi.

Bilbao berhempas pulas cuba memenangi perlawanan kalah mati pertama dalam tempoh 50 tahun menentang pasukan Catalan. Fernando Llorente, yang kembali beraksi selepas digugur kerana kecederaan di Camp Nou, menewaskan penjaga gawang Barcelona, Jose Pinto, menerusi tendangan rendah m-85 untuk mengikat kedudukan.


Bagaimanapun, Barcelona kukuh mempertahan rekod tanpa kalah sepanjang 25 perlawanan setakat ini, tetapi masih kurang dua berbanding rekod yang pernah dicatat pada 1973 dan 1974, iaitu 27 perlawanan.


Barcelona melancarkan serangan di awal babak pertama. Kurang seminit permainan bermula, Pedro Rodriguez dipersalahkan kerana ofsaid, keputusan yang penuh persoalan, selepas gerakan menarik dibentuk rakan sepasukan. Tujuh minit selepas itu, penjaga gawang Bilbao, Gorka Iraizoz, pantas menyelamatkan bola tandukan jarak dekat, David Villa.

Jurulatih Bilbao, Joaquin Caparros yang berjaya membentuk formasi bertahan untuk mengikat Barcelona di Camp Nou, memilih untuk menyerang di tempat sendiri dengan diperkuatkan semula Llorente, yang baru pulih daripada kecederaan.

Strategi itu berjaya menghasilkan beberapa gerakan berbahaya dengan percubaan Markel Susaeta tersasar sedikit daripada palang gol.

Kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang dengan perancang Barcelona, Xavi Hernandez, yang mencatatkan rekod 550 perlawanan, merembat bola melepasi palang m-31, sebelum pemain tengah Bilbao, Carlos Gurpegi, hampir meraih peluang menerusi tandukan sebaik wisel separuh masa permainan ditiupkan.


Bilbao tampil dengan aksi agresif dan mendominasi perlawanan. Namun, gerakan kemas Pedro Rodriguez dan Villa menyaksikan bola dihantar tepat kepada Abidal untuk meledakkan gol pertamanya dalam tempoh hampir empat musim, sebelum Llorente menyamakan kedudukan di saat akhir.


“Sungguh hebat merasai pengalaman sebaik ini,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.


“Penyokong Bilbao harus bangga dengan pemain mereka dan begitu juga sebaliknya. Pemain harus dipuji hasil kejayaan ini,” katanya. - AP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...