About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

20 January 2011

Copa Del Ray : Last 8 ( 2nd Leg ) Real Betis vs Fc Barcelona

 

Wednesday January 19, 2011 Quarter-final Finished Estadio Benito Villamarin

Real Betis 3 - 1 FC Barcelona


  • Jorge Molina 2’, 7’
  • Arzu 45’
  • Messi 38’
( FC Barcelona won Agg 3-6 )

MADRID - Barcelona mara ke separuh akhir Piala Raja Sepanyol dengan agregat 6-3 ke atas Real Betis, walaupun kalah pada perlawanan timbal balas dengan pasukan divisyen dua itu, kelmarin.
Barca membelasah pasukan yang berpangkalan di Seville, Betis 5-0 pada suku akhir pertama minggu lalu di Nou Camp.

Jurulatih Pep Guardiola merehatkan beberapa pemain utama termasuk David Villa, Sergio Busquets dan Pedro pada suku akhir kedua kelmarin di mana mereka kalah 1-3.

Betis, juara 2009 cuba bangkit apabila Jorge Molina menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit pertama sebelum Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi, menjaringkan gol pada minit ke-83.

Pemain tengah Betis, Arzu menjaringkan gol pada penghujung babak pertama, untuk menghidupkan semula peluang tipis pasukan tuan rumah dan mereka semangat bersemangat selepas Messi menyepak bola tinggi ketika melakukan penalti selepas rehat.

Pemain Betis jelas keletihan dan tidak mampu menyaingi permainan agresif seperti yang mereka tunjukkan pada babak pertama, ketika Barca memastikan pertembungan separuh akhir dengan Almeria.

Walaupun tersingkir, pemain Betis tetap berpuas hati dengan prestasi pasukan yang kini bergelut dengan masalah kewangan.

"Daripada kelab yang beraksi dalam divisyen kedua, adalah satu penghormatan apabila menentang Barcelona,"

"Kami mengambil manfaat daripada pertembungan ini dan saya rasa penyokong gembira malam ini, begitu juga kami.

"Kami mengetepikan masalah kewangan kelab dan fokus untuk mencapai sasaran iaitu kembali ke divisyen pertama,'' kata Molina. - Reuters

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...