About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

20 January 2011

LA LIGA Game 19 : Fc Barcelona vs Malaga

  1. Classy Barca punish Real slip-up

Sunday January 16, 2011 Day 19 Finished Camp Nou

FC Barcelona 4 - 1 Málaga CF


  • Iniesta 8’
  • Villa 18’, 74’
  • Pedro 36’
  • Duda 68’

BARCELONA: Barcelona memanjangkan rekod tanpa kalah kepada 28 perlawanan kelmarin, iaitu rekod terbaru kelab itu apabila menewaskan Malaga 4-1 untuk menjarakkan kedudukan kepada empat mata dalam liga Sepanyol selepas Real Madrid yang menduduki tempat kedua seri 1-1 dengan pasukan tercorot, Almeria.
Andres Iniesta, David Villa dan Pedro Rodriguez menjaringkan gol pada babak pertama dan Villa menambah satu lagi selepas rehat untuk mencipta rekod baru dalam sejarah 111 tahun Barcelona, yang sebelum ini memiliki rekod 27 perlawanan tanpa kalah pada musim 1973-74.
Barcelona mengutip 52 mata, rekod liga untuk separuh musim, memecahkan rekod yang dicipta mereka pada dua musim lalu dengan dua mata.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola tidak mahu membesar-besarkan kedudukan pasukannya yang lebih baik dari Madrid ketika ini.

“Mereka (Madrid) akan hanya tercicir beberapa mata saja dalam pusingan kedua,” katanya. “Kami perlu menang dalam setiap perlawanan untuk terus mendahului.”

Terdahulu di Stadium Juegos Mediterraneos, Jose Ulloa merembat masuk menewaskan penjaga gol Iker Casillas untuk jaringan pendahuluan Almeria pada minit ke-60.
Esteban Granero menyamakan kedudukan buat Madrid apabila menyudahkan hantaran pemain gantian, Karim Benzema pada minit ke-77.

“Liga ini sangat terbuka. Dalam keadaan biasa, perbezaan empat mata menandakan liga ini terbuka,” kata jurulatih Madrid, Jose Mourinho.

Masalahnya, bagaimanapun Barcelona tidak bermain seperti pasukan biasa.
Kelab Catalan itu menghancurkan lawan, dengan mengumpul jumlah jaringan 51-6 dalam 13 kemenangan berturut-turut. - AP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...