About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

19 December 2010

LA LIGA Game 16 : Espanyol vs Barcelona

Barcelona claim derby honours

Saturday December 18, 2010 Day 16 Finished Estadio Cornellá-El Prat

RCD Espanyol 1 - 5 FC Barcelona 

 
  • Osvaldo 63’
  • Pedro 19’, 60’
  • Xavi 30’
  • Villa 76’, 84’


MADRID: Buat kali pertama pendahulu liga, Barcelona menjaringkan lima gol ke atas pesaing setempat Espanyol kelmarin dengan menjadikan perlawanan yang dijangka sengit itu begitu mudah.

Pedro dan David Villa masing-masing menjaringkan dua gol manakala Xavi menambah satu lagi gol untuk membolehkan Barcelona menang dengan keputusan 5-1 sekali gus kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan dan menambah rekod tanpa kalah kepada 22 perlawanan.

Pemain Espanyol, Pablo Osvaldo mengancam dengan jaringan tunggal untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-63 sekali gus menjadikan dia pemain pertama yang menewaskan Victor Valdes dalam tujuh perlawanan namun ia menjadikan Barca lebih bernafsu apabila meledak dua lagi gol.

“Pasukan ini tidak pernah berhenti memberikan kejutan kepada saya,” kata jurulatih Barca, Pep Guardiola.

“Espanyol hanya melepaskan dua gol di gelanggang sendiri. Ia adalah malam yang bagus kerana kami sedar lawan adalah pasukan yang hebat. Sejak dulu kami sukar beraksi di sini.” Juara bertahan itu sudah meraih 43 mata daripada 16 perlawanan La Liga menjelang rehat musim sejuk dan menjarakkan lima mata ke atas pasukan tempat kedua, Real Madrid.

Terdahulu, Villarreal mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga dengan kemenangan 3-1 ke atas Real Mallorca mengumpul 33 mata, lima mata mengatasi Valencia dan Espanyol.

Valencia mengatasi Espanyol dengan perbezaan gol untuk berada di tempat keempat selepas Aritz Aduriz menolak masuk bola pada minit terakhir untuk memberikan kemenangan 2-1 di Real Sociedad.

Di Cornella-El Prat, penyokong Espanyol memberikan penghormatan ke atas pemain Barca, Andres Iniesta dengan berdiri sebelum perlawanan bermula dan kemudiannya apabila digantikan sebagai tanda penghargaan kepada pemain tengah Sepanyol itu yang menjaringkan gol kemenangan pada Piala Dunia lalu.
Iniesta membuka jersi untuk mendedahkan baju yang ditujukan kepada bekas kapten Espanyol, Dani Jarque yang meninggal dunia kerana sakit jantung tahun lalu pada usia 26 tahun. - Reuters
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...