FC Barcelona 2 - 1 Levante UD
- Pedro 47’, 59’
MADRID - Barcelona membuka lembaran tahun 2011 dengan langkah bergaya apabila mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Levante dalam saingan Liga Sepanyol awal pagi semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Nou Camp itu, Pedro Rodri- guez muncul wira selepas meledak dua gol buat skuad The Catalan pada minit ke-17 dan ke-59
Gol tunggal Levante pula diperoleh menerusi Christian Stuani pada minit ke-80.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Barcelona terus unggul selaku pendahulu liga apabila mengumpul 46 mata, lima mata mening- galkan pencabar terdekat mereka, Real Madrid di tangga kedua.
Menariknya, pertemuan dengan Levante itu merupakan hari istimewa buat perancang Barcelona, Xavi yang dilantik ketua pasukan.
Ini kerana, perancang antarabangsa Sepanyol itu berjaya menyamai rekod penampilan yang dicipta lagenda bola sepak Barcelona iaitu 549 penampilan.
"Kami (Barcelona) memerlukan kemenangan ke atas Levante ini sebagai tanda penghargaan kepada Xavi.
"Saya telah bermain bola sepak bertahun lamanya dan berjaya melakukan 300 penampi- lan.
"Jika Xavi terus bekerja keras selepas ini, saya percaya dia mampu merekodkan sebanyak 700 penampilan," jelas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Di Stadium San Mames, Athletic Bilbao dikejutkan dengan kekalahan 1-2 ditangan Deportivo La Coruna.
Di Stadium El Molinon, kelab bermasalah, Malaga mencatatkan kemenangan tipis ke atas Sporting Gijon.
Di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Sevilla memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Osasuna.
Di Stadium Mestalla, Valencia memang 2-1 ke atas Espanyol. - Agensi

No comments:
Post a Comment