About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

24 February 2011

BPL Game 18 : Arsenal vs Stoke City

  1. Injuries tarnish Arsenal win

Wednesday February 23, 2011 Day 18 Finished Emirates Stadium



Arsenal 1 - 0 Stoke City



  • Squillaci 8’
LONDON - Arsenal menumpaskan Stoke City 1-0, kelmarin untuk terus memberi tekanan terhadap pendahulu Liga Perdana, Manchester United dan kini hanya terpisah satu mata antara mereka.

Namun, kejayaan itu datang dengan kos tinggi menyaksikan dua pemain tonggaknya, Cesc Fabregas dan Theo Walcott ditimpa kecederaan.

Sebastien Squillaci yang mengisi kekosongan Laurent Koscielny kerana kecederaan, muncul hero kelab London utara itu apabila dia menanduk gol kemenangan pada minit kelapan.

Bagaimanapun, Fabregas terpaksa dikeluarkan kerana masalah kecederaan otot paha hanya selepas 15 minit beraksi, sementara Walcott juga diusung keluar berikutan kecederaan teruk di bahagian buku lali 20 minit sebelum perlawanan tamat.

Kedua-dua mereka hampir pasti terlepas aksi pada perlawanan akhir Piala Carling berdepan Birmingham City di Stadium Wembley, Ahad ini.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberitahu pemberita: "Theo Walcott akan direhatkan kerana terseliuh buku lali. Untuk berapa lama saya tidak tahu, tapi dia pasti tidak dapat bermain pada Ahad.

"Fabregas mengalami masalah kecederaan otot paha. Kita akan menilai keadaannya esok. Adalah mustahil untuk mengetahui segera keadaan sebenarnya malam ini. Kita akan dapat tahu esok."

Wenger pastinya diselubungi kebimbangan ekoran masalah kecederaan yang kian meruncing, di ketika Arsenal masih berada dalam landasan tepat untuk pemburuan empat kejuaraan iaitu Liga Perdana, Piala Carling, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Penyerang Belanda, Robin Van Persie dan Koscielny masing-masing masih diragui sama ada mampu beraksi di Wembley.

Tiga mata yang dipungut Arsenal menjadikan The Gunners kini mengumpul 56 mata daripada 27 perlawanan manakala United masih mengungguli takhta liga dengan 57 dan kurang bermain satu perlawanan. Manchester
City yang menghuni tangga ketiga, jauh ditinggalkan dengan hanya 49 mata, juga selepas 27 perlawanan. - Reuters
  •  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...