About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

22 February 2011

FA CUP - Round 5 - Leyton Orient vs Arsenal

  1. Late magic earns Orient draw with Arsenal

Sunday February 20, 2011 5th Round Finished Matchroom Stadium

Leyton Orient 1 - 1 Arsenal


  • Tehoue 88’
  • Rosický 53’
LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui dia tidak pernah mendengar nama pemain Leyton Orient, Jonathan Tehoue yang berjaya menjaringkan gol penyamaan bagi menyekat hajat Arsenal layak lebih awal ke suku akhir Piala FA.


Tehoue yang juga berasal dari Perancis seperti mana Wenger, dimasukkan selaku pemain gantian dan menjaringkan gol ke atas pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris itu (EPL) serta pasukan yang menewaskan Barcelona dalam Liga Juara-Juara hanya lima hari lepas.

Jaringan pada minit ke-89 memberikan Orient perlawanan ulangan di Stadium Emirates yang dijadualkan pada 2 Mac ini dengan pemenang akan bertandang ke Manchester United bagi peringkat suku akhir.

Arsenal tetap akan menjadi pasukan pilihan untuk ke Old Trafford tetapi Gunners jelas gagal mencari sentuhan pemusnah selepas Tomas Rosicky mendapatkan gol pendahuluan buat pelawat pada awal separuh masa kedua.

Tehoue menewaskan Manuel Almunia melalui rembatan leret dari jarak dekat bagi memastikan kegembiraan di kalangan penyokong Orient ketika ramai menjangkakan Arsenal akan mara.

''Saya tidak mengenalinya, Saya nampak dia dimasukkan dari bangku simpanan tetapi terus terang saya tidak pernah mendengar namanya sebelum ini, " kata Arsene Wenger.

Wenger melakukan 10 penukaran pemain dari pasukan yang menewaskan Barcelona, namun gagal mempamerkan rentak sebenar ke atas lawan yang jelas bukan tandingan Arsenal.

''Inilah bola sepak. Saya percaya kami telah bermain dengan penuh semangat dan tidak boleh menyalahkan pemain tetapi anda harus memuji Leyton Orient, mereka tidak langsung mengalah.

''Apabila anda tidak menjaringkan gol kedua, beginilah yang terjadi. Ia cukup menyedihkan tetapi kami masih kekal dalam pertandingan ini.

''Apa yang penting, kami harap boleh mara ke suku akhir. Orient jelas mempunyai semangat yang tinggi terhadap pasukan yang mempunyai teknikal lebih baik namun di dalam sebuah pertandingan kalah mati, pasukan yang ada semangat melawan selalunya mempunyai peluang," kata Wenger.

Sementara itu, pengurus Orient, Russell Slade cukup gembira dengan sumbangan Tehoue selepas menggantikan Scott McGleish pada minit ke-60.

''Ketinggalan 1-0 ke atas Arsenal dan ketika segala-galanya seakan sudah berakhir, gol itu hadir tepat pada masanya.

''Ia bermakna mereka tidak boleh menggunakan pemain lain seperti Cesc Fabregas bagi merubah kedudukan. Dia (Teboue) telah menjaringkan lapan gol dalam masa 85 minit ke atas. Dia memang merupakan super sub dan senjata sulit kami, menakjubkan,'' kata Slade.

Pemilik Orient, Barry Hearn yang sebelum ini berjanji akan membawa pemainnya ke Las Vegas jika berjaya mengelak kekalahan ketika berdepan Arsenal.

Arsenal pula jelas tidak gembira dengan perlawanan ulangan itu dan masalah sama ketika berdepan pasukan bawahan.

''Negatifnya daripada keputusan ini adalah kami terpaksa bermain satu perlawanan tambahan dan itu yang bukan kami mahukan.

''Kami jelas ada masalah besar apabila berdepan pasukan dari liga bawahan. Kami mempunyai masalah sama semasa bertemu Huddersfield, Leeds dan Ipswich,'' kata Wenger. - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...