About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

03 February 2011

Copa Del Ray : Semi Final ( 2nd Leg ) Real Madrid vs Sevilla

  1. Real set up Barcelona Copa final

Wednesday February 2, 2011 Semifinal Finished Bernabéu



Real Madrid 2 - 0 Sevilla FC



  • Özil 82’
  • Adebayor 90’
( Real Madrid won agg 3-0 )

BARCELONA: Karim Benzema membantu Real Madrid melakar kemenangan 1-0 ke atas Sevilla sebelum Barcelona turun membelasah Almeria 5-0 pada separuh akhir pertama Copa del Rey, semalam.
Pemain Perancis, Benzema melenyapkan kritikan terhadapnya dengan menjaringkan gol berharga di gelanggang lawan pada minit ke-17 di Stadium Sanchez Pizjuan.


Benzema yang menerima umpanan di tengah padang menggelecek dua pemain pertahanan Sevilla sebelum memperdaya penjaga gol, Andres Palop dengan sepakan leret kaki kanan.
Juara bertahan, Sevilla, hampir menyamakan kedudukan sebelum babak pertama tamat apabila pemain pertahanan Real, Raul Albiol menampan bola rembatan Luis Fabiano. Bagaimanapun ulang tayang televisyen menunjukkan bola mungkin sudah melepasi garisan gol.

Keadaan tegang di penghujung perlawanan menyaksikan kepala penjaga gol Madrid, Iker Casillas terkena balingan botol plastik dari tempat duduk penonton.

“Kami membawa pulang keputusan positif tapi Sevilla pasukan yang bagus dan saingan perlawanan kedua masih terbuka,” kata Casillas.
Madrid terpaksa menanti aksi kedua di stadium Santiago Bernabeu untuk mencari tempat ke final manakala musuh ketat, Barcelona seakan mengesahkan tempat selepas tampil dengan aksi memberangsangkan.

Lionel Messi meledak dua gol manakala David Villa dan Pedro Rodriquez masing-masing menambah satu gol dalam tempoh 31 minit pertama permainan. Pemain gantian, Seydou Keita melengkapkan malam bergaya menerusi gol di minit ke-89 sekali gus menyukarkan laluan Almeria yang dikecewakan buat kali kedua juara Sepanyol itu.
Barcelona, pemegang rekod 25 kejuaraan dan Real, 17 kejuaraan berada di landasan terbaik membuat perhitungan pada final 20 April ini, tiga hari selepas kedua-dua pasukan itu bertemu pada perlawanan liga.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola tidak mahu memandang mudah meskipun selesa di depan.

“Ini keputusan yang hebat tapi kami masih belum layak ke final. Kami mempunyai pemain yang boleh melakukannya,” katanya. - AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...