About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

14 February 2011

LA LIGA Game 23 : Sporting Gijon vs Barcelona

  1. Sporting end Barca's run of wins

 

Saturday February 12, 2011 Day 23 Finished Estadio El Molinón

Sporting Gijón 1 - 1 FC Barcelona


  • Barral 16’
  • Villa 80’
MADRID - Rekod bersih Barcelona dalam 16 perlawanan tercalar selepas seri 1-1 dengan Sporting Gijon dalam saingan La Liga, semalam.



Pertahanan rapuh yang dibarisi Gerard Pique dan Gabriel Milito membenarkan penyerang Gijon, David Barral membuka jaringan minit ke-16.


Mujurlah bekas pemain Gijon, David Villa menghadirkan gol penyamaan buat Barca 10 minit sebelum perlawanan itu tamat.


Penyandang juara itu menghabiskan kebanyakan seluruh masa permainan di kawasan Gijon tetapi gagal menembusi benteng kemas lawan walaupun menurunkan Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi.


Keputusan seri itu menyediakan ruang buah pasukan tangga kedua, Real Madrid untuk mengurangkan defisit kepada lima mata jika menewaskan Espanyol dalam satu lagi aksi.


''Kami hanya mampu bertahan dengan keputusan seri walaupun kami sepatutnya mencatat kemenangan. Barcelona tidak boleh berpuas hati dengan keputusan seri, namun Sporting bermain baik dan bentengnya sukar ditembusi,'' kata Villa, yang juga penyerang antarabangsa Sepanyol.


Ini adalah kali ketiga Barca kehilangan mata sepanjang musim ini dan keputusan seri itu mencalar rekod sempurna di tempat lawan.


Dalam beberapa perlawanan yang turut berlangsung kelmarin, Atletico Madrid menyukarkan peluangnya layak ke Kejohanan Eropah selepas Diego Forlan melakukan kesilapan penalti manakala bekas pemain sayap Sepanyol, Joaquin bangkit menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan 2-1 Valencia.


Sementara itu, Racing Santander mempamerkan aksi hebat di depan pemilik barunya, Ahsan Ali Syed dari India dengan kemenangan 3-2 ke atas Sevilla walaupun beraksi dengan 10 pemain.


Kelab Andalusia itu yang juga kecewa pada awalnya selepas sepakan penalti Alvaro Negredo dinafikan, ketinggalan 0-2 sebelum bangkit menyamakan kedudukan 2-2.


Racing bagaiamanapun tidak perlu tunggu lama apabila Manuel Arana memperdayakan penjaga gol lawan, Andres Palop dengan sepakan voli terus ke gawang gol. - Reuters

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...