About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

07 February 2011

BPL Game 26 : Chelsea vs Liverpool

  1. Liverpool win ruins Torres debut

 

Sunday February 6, 2011 Day 26 Finished Stamford Bridge

Chelsea 0 - 1 Liverpool


  • Raul Meireles 69’
LONDON – Carlo Ancelotti yakin bahawa Fernando Torres dapat mempamerkan permainan setanding dengan harga perpindahannya 50 juta pound (RM244.8 juta) dengan cepat selepas penampilan pertama yang suram apabila tewas 0-1 kepada bekas kelabnya, Liverpool.


Torres gagal mempamerkan permainan mantap tatkala penyokong Liverpool menikmati kemenangan sebagai dendam ke atas bekas pemain idola mereka itu tujuh hari selepas perpindahan kontroversi yang mencatat rekod Britain ke Stamford Bridge. 

Penyerang Sepanyol itu dikeluarkan, seterusnya mendapat sokongan daripada penyokong Liverpool pada minit ke-66 dan dia mungkin boleh merungut berikutan penampilan pertama yang serba tidak menjadi.

Bagaimanapun, Ancelotti mengakui penyerang barunya itu telah mempamerkan permainan sebaik mungkin selepas hanya tiga hari berlatih bersama pasukan dan pengurus Chelsea itu yakin Torres mampu menemui sentuhan jika dia sudah dapat menyesuaikan diri.

“Torres telah beraksi dengan baik tetapi kami berdepan dengan kesukaran untuk mencari ruang kerana bertahan dengan baik. Mereka meletakkan tiga pemain pertahanan di bahagian tengah dan kami tidak mampu menyerang mereka.

“Fernando cuba untuk melakukan sesuatu, dia melakukan pergerakan dengan baik dan melakukan tugas dengan baik.

“Saya mengeluarkannya kerana kami akan berdepan dengan minggu yang sibuk. Saya tidak rasa ia adalah satu kesilapan (meletakkannya dalam kesebelasan utama) kerana dia beraksi dengan baik.

“Dia mempunyai pengalaman dan keyakinan. Dia tidak menunjukkan sebarang masalah atau gugup sebelum perlawanan. Dia begitu teruja untuk beraksi. Kami perlu memberikan dia masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Dia akan melakukannya dengan cepat,” kata Ancelotti.

Dia tidak diberi peluang tatkala Liverpool membuat keputusan untuk meletakkan tiga pemain pertahanan tengah mengawasi pemain Sepanyol itu sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun, Ancelotti percaya ia adalah perkara yang mudah untuk Torres segera membentuk gandingan mantap dengan Drogba.

“Apa yang penting dia perlu mencuba dalam sesi latihan berganding baik dengan penyerang lain, ia adalah perkara normal.

“Masalahnya bukanlah terletak pada gandingan ini, mereka mempunyai kualiti dan saya akan cuba melakukan apa sahaja bagi menggandingkan mereka bersama,’’ ujarnya.

Chelsea dilihat mengawal perlawanan kelmarin namun mereka jarang melakukan ancaman untuk merobek pertahanan Liverpool.

Selepas Torres dikeluarkan, pemain tengah Liverpool, Raul Meireles memecah kebuntuan pada minit ke-69 selepas dia menghukum penjaga gol, Petr Cech dan Branislav Ivanovic yang gagal mengeluarkan hantaran lintang Steven Gerrard. - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...