About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

22 February 2011

LA LIGA Game 24 : Fc Barcelona vs Atletic Bilbao

  1. Messi sees Barca past battling Bilbao

Sunday February 20, 2011 Day 24 Finished Camp Nou

FC Barcelona 2 - 1 Athletic Bilbao


  • Villa 4’
  • Messi 78’
  • Iraola 50’ (pen.)
MADRID: Penyerang Argentina, Lionel Messi (gambar) menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77 bagi membolehkan Barcelona menewaskan Athletic Bilbao, 2-1 di laman sendiri, semalam untuk kembali lima mata di depan Real Madrid.


Barcelona kelihatan bakal kehilangan dua mata apabila penalti Andoni Iraola menyamakan kedudukan selepas jaringan David Villa seawal minit ketiga tetapi Messi berjaya meledak gol ke-25 musim ini untuk meraih mata penuh di Nou Camp.

“Kami tidak boleh melakukan kesilapan kerana Real makin hampir,” kata Messi.

“Kami memenangi perlawanan yang penting. Tidak banyak perlawanan liga yang masih tinggal dan setiap perlawanan penting,” katanya.

Ia juga perlawanan liga ke-100 Barcelona di bawah kendalian Pep Guardiola dan pengurus itu lega pasukannya bangkit daripada kekalahan 2-1 kepada Arsenal pada saingan Liga Juara-Juara minggu lalu.


Real merapatkan kedudukan kepada dua mata di belakang Barcelona dengan kemenangan 2-0 ke atas Levante.


Dengan kekalahan 2-1 kepada Arsenal masih menghantui, Barcelona bermula cemerlang dan berjaya disempurnakan Villa pada minit ketiga.

Hantaran lintang Xavi disambut Dani Alves dan pemain Brazil itu melorongkan bola kepada Villa untuk jaringan ke-16nya pada musim ini.

Kealpaan Barcelona kemudian dimanafaat pelawat untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-49.

Pertahanan Perancis, Eric Abidal gagal melakukan hantaran tepat kepada Sergi Busquets memaksa pemain tengah itu melakukan terjahan hingga menjatuhkan Llorente dan menyebabkan penalti yang disempurnakan Iraola.


Kebuntuan mencari gol terlerai pada minit ke-77 apabila Alves melakukan hantaran kepada Messi untuk menolak masuk bola ke gawang dengan kaki kanannya. - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...