About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

14 February 2011

BPL Game 27 : Arsenal vs Wolves

  1. Van Persie puts Wolves bottom


Saturday February 12, 2011 Day 27 Finished Emirates Stadium



Arsenal 2 - 0 Wolverhampton Wanderers



  • van Persie 16’, 56’
LONDON: Arsene Wenger berharap Samir Nasri boleh pulih lebih lebih awal daripada sepatutnya untuk pemain itu kembali beraksi membantu Arsenal pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona Rabu ini. 
 
Pemain tengah Perancis, Nasri tidak beraksi sejak mengalami kecederaan hamstring ketika Arsenal mencatat kemenangan ke atas Huddersfield Town dalam saingan Piala FA dan tidak beraksi ketika pasukannya menang 2-0 ke atas Wolves dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kelmarin.
 
Wenger sehari sebelum perlawanan menentang Wolves itu berkata, dia menjangkakan Nasri tidak akan dapat beraksi lebih seminggu tetapi selepas perlawanan itu mengakui bahawa pemain itu mungkin cergas untuk berdepan dengan juara Sepanyol itu pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Emirates Stadium.

“Saya tidak mahu kata tiada peluang. Saya akan berkata masih ada peluang,” kata Wenger.

Pengurus The Gunners itu mengatakan dia berpuashati dengan reaksi pasukannya ekoran perlawanan di Newcastle tujuh hari sebelumnya apabila mereka alpa selepas mendahului empat gol dan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Wenger menggesa pasukannya agar tumpuan mereka tidak terganggu dengan kehadiran Barcelona itu, dan dia percaya berdasarkan prestasi, mereka sudah bersedia untuk berdepan kelab Catalan itu selepas dua gol oleh Robin van Persie memberikan kemenangan yang membolehkan mereka terus mengekori pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United dengan perbezaan empat mata.
 
“Kami perlu kekal fokus dan bagi kami adalah penting untuk menentang pasukan terbaik di dunia dengan keyakinan psikologi yang kuat dan berada di kedudukan baik dalam carta liga,” tambahnya.

“Kami dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana dan yakin boleh melakukannya, kami memiliki mentaliti dahagakan kejayaan dan sekarang kami boleh memberi tumpuan terhadap setiap perlawanan.” - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...