About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

07 February 2011

BPL Game 26 : Newcastle United vs Arsenal

  1. Arsenal blow four-goal lead

Saturday February 5, 2011 Day 26 Finished St. James' Park

Newcastle United 4 - 4 Arsenal


  • Barton 68’ (pen.), 83’ (pen.)
  • Best 75’
  • Tioté 87’
  • Walcott 1’
  • Djourou 3’
  • van Persie 10’, 26’
NEWCASTLE - Arsene Wenger mengakui Arsenal mungkin akan mengalami gangguan psikologi selepas mencatat keputusan dahsyat ekoran seri 4-4 dengan Newcastle biarpun mendahului 4-0 pada separuh masa pertama, kelmarin.


Skuad bimbingan Wenger itu menguasai keseluruhan permainan selepas 26 minit beraksi di St James Park apabila memperoleh dua gol menerusi Robin van Persie, dan satu daripada Theo Walcott serta Johan Djourou.

Bagaimanapun penyingkiran pemain tengah, Abou Diaby pada separuh masa kedua menyebabkan kekuatan kedua-dua pasukan kembali seimbang. Newcastle berjaya meraih empat gol penyamaan untuk berkongsi satu mata menerusi dua sepakan penalti Joey Barton dan dua gol dari Leon Best serta Cheik Tiote.

Arsenal bagaimanapun bernasib baik tidak ditinggalkan terlalu jauh oleh Manchester United dalam kedudukan liga, selepas pendahulu itu mengalami kekalahan mengejut 2-1 kepada Wolves. United kini mengatasi Gunners dengan kelebihan empat mata.

"Dari segi psikologi, kehilangan dua mata seperti ini membawa kerosakan. Saya tidak boleh gambarkan betapa marahnya saya selepas perlawanan itu.

"Kerosakan itu menjadi lebih parah kerana semua orang di bilik persalinan amat kecewa, namun aksi di masa akan datang bakal menceritakan segalanya.

"Ia sangat mengecewakan kerana kami mempunyai peluang terbaik meraih tiga mata tetapi kami sedar bahawa perlawanan tersebut tidak akan berakhir dengan kemenangan 4-0 kerana Newcastle terus memberi saingan," kata Wenger.

Bagaimanapun ia amat mustahil untuk Newcastle bangkit jika Arsenal tidak beraksi dengan 10 pemain, dan insiden pembuangan Diaby menjadi tumpuan utama sepanjang perlawanan kelmarin.

Diaby bertindak balas di atas kekasaran yang dilakukan oleh Barton dengan menolak pemain tersebut sehingga jatuh.

"Ia adalah layangan kad merah yang malang dan Joey Barton begitu bernasib baik kerana dibenarkan beraksi walaupun melakukan terjahan keras.

"Diaby telah beraksi dengan baik tetapi dia hilang sabar kerana sering dikasari. Terjahan itu membangkitkan kemarahannya," kata Wenger.

Bagaimanapun pengurus Newcastle, Alan Pardew mempunyai pandangan yang berbeza dan memuji Barton. - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...