UD Almería 0 - 3 FC Barcelona
- Correia 35’
- Thiago 56’
- Afellay 66’
Benzema yang menerima umpanan di tengah padang menggelecek dua pemain pertahanan Sevilla sebelum memperdaya penjaga gol, Andres Palop dengan sepakan leret kaki kanan.
Juara bertahan, Sevilla, hampir menyamakan kedudukan sebelum babak pertama tamat apabila pemain pertahanan Real, Raul Albiol menampan bola rembatan Luis Fabiano. Bagaimanapun ulang tayang televisyen menunjukkan bola mungkin sudah melepasi garisan gol.
Keadaan tegang di penghujung perlawanan menyaksikan kepala penjaga gol Madrid, Iker Casillas terkena balingan botol plastik dari tempat duduk penonton.
“Kami membawa pulang keputusan positif tapi Sevilla pasukan yang bagus dan saingan perlawanan kedua masih terbuka,” kata Casillas.
Madrid terpaksa menanti aksi kedua di stadium Santiago Bernabeu untuk mencari tempat ke final manakala musuh ketat, Barcelona seakan mengesahkan tempat selepas tampil dengan aksi memberangsangkan.
Lionel Messi meledak dua gol manakala David Villa dan Pedro Rodriquez masing-masing menambah satu gol dalam tempoh 31 minit pertama permainan. Pemain gantian, Seydou Keita melengkapkan malam bergaya menerusi gol di minit ke-89 sekali gus menyukarkan laluan Almeria yang dikecewakan buat kali kedua juara Sepanyol itu.
Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola tidak mahu memandang mudah meskipun selesa di depan.
“Ini keputusan yang hebat tapi kami masih belum layak ke final. Kami mempunyai pemain yang boleh melakukannya,” katanya. - AP
No comments:
Post a Comment