About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

24 February 2011

UCL last 16 ( 1st legs) Lyon vs Real Madrid

  1. Lyon hold Real in France

Tuesday February 22, 2011 Last 16 Finished Stade Gerland

Olympique Lyon 1 - 1 Real Madrid


  • Gomis 83’
  • Benzema 65’
LYON (Perancis): Karim Benzema (gambar) mengaku terkejut apabila berjaya menjaringkan gol sebaik dimasukkan sebagai pemain gantian ketika pasukannya, Real Madrid seri 1-1 menentang bekas kelab, Lyon pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara, semalam.


Penyerang berusia 23 tahun itu yang berpindah dari Lyon untuk menyertai kelab yang berpangkalan di Sepanyol itu dua tahun lalu, pantas melakukan impak pada perlawanan yang berlangsung di Stade Gerland.

Sebaik masuk menggantikan Emmanuel Adebayor pada minit ke-64, dia menerima hantaran daripada Cristiano Ronaldo dan kemudian merembat masuk menewaskan penjaga gol yang juga rakan sepasukan skuad kebangsaan Perancis, Hugo Lloris.

Jaringan itu meletakkan dirinya sebagai pemain pertama Real menjaringkan gol ketika menentang Lyon pada saingan Liga Juara-Juara. Bagaimanapun gol penyamaan Bafetimbi Gomis pada lewat permainan memastikan juara tujuh kali Perancis itu mengekalkan rekod tanpa kalah menentang Real.

“Saya tidak mengimpikan sesuatu yang indah apabila beraksi semula di sini,” kata Benzema yang berharap akan diberikan peranan utama sekali lagi apabila Lyon berkunjung ke Madrid untuk perlawanan kedua pada 16 Mac.


“Ini kali pertama saya menjaringkan gol begitu pantas. Saya bertuah kerana menjaringkan gol sebaik mendapat bola. Saya tidak meraikan jaringan kerana ini perlawanan membabitkan kelab lama saya, Lyon. Tapi gol ini amat penting kerana Lyon beraksi sangat baik,” katanya.


Aksi Benzema dipuji jurulatih, Jose Mourinho yang sebelum ini dikritik oleh pengarah sukan Real, Jorge Valdano kerana enggan menurunkan penyerang Perancis itu.

“Dia pantas mengubah permainan. Saya tahu permainan pasti terbuka berbanding babak pertama. Lyon bergantung kepada Gomis manakala kami pula meletakkan Adebayor untuk mencipta peluang namun kami tahu ruang lebih terbuka pada babak kedua dan Benzema berjaya mengambil kesempatan itu.

“Dia menjaringkan gol penting untuk kami,” kata Mourinho.

Benzema gagal meraih tempat dalam kesebelasan utama Real sejak berpindah dari Lyon pada musim panas 2009 dengan bayaran sebanyak 35 juta euro (RM146.3 juta).


Penyerang itu hanya menjaringkan tiga gol dalam saingan La Liga musim ini meskipun tanpa kehadiran penyerang Real dari Argentina, Gonzalo Higuain yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan belakang.


Dia bagaimanapun menjadi sandaran utama skuad Perancis kendalian Laurent Blanc apabila menyumbat gol pada perlawanan persahabatan menentang England dan Brazil baru-baru ini. - AFP

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...