Arsenal 2 - 1 Fulham
- Nasri 14’, 75’
LONDON - Arsene Wenger percaya, Arsenal bakal menampilkan permainan lebih hebat dalam usaha mencabar kejuaraan Liga Perdana England selepas merampas kedudukan pendahulu dengan mengalahkan Fulham 2-1 kelmarin.
Dua gol oleh Samir Nasri memberi tiga mata penting di Stadium Emirates untuk membenarkan skuad Wenger mendapat kelebihan ke atas Chelsea yang kehilangan dua mata ketika seri 1-1 dengan Everton pada ketika aksi Manchester United di Blackpool ditunda akibat salji tebal.
Itu bermakna, skuad Gunners kini memegang kelebihan satu mata meskipun gagal mempamerkan musim terbaik mereka dan Wenger menjangkakan, lebih banyak peningkatan akan hadir dalam masa akan datang.
"Setakat ini, kami berada di mana kami patut berada walaupun hilang tiga mata di laman sendiri. Setiap perlawanan umpana final dan jika anda tidak bersedia, anda tidak akan menang.
"Kami mempunyai semangat dan kualiti tetapi masalah utama adalah sering berdepan dengan pencabar yang kuat. Biarpun kejuaraan masih jauh, namun kami mempunyai nafsu dan semangat berlawan.
"Sudah tentu kami cukup bagus untuk meneruskan perjuangan dengan lebih hebat,'' kata Wenger.
Kelmarin, Nasri membuka gol awal tuan rumah selepas mengelecek pemain lawan di kawasan penalti, meninggalkan Brede Hangeland dan Aaron Hughes sebelum memperdayakan Mark Schwarzer.
"Saya setuju kalau kami dilihat senang terdedah dengan serangan lawan dalam keadaan tertentu, tetapi kami juga menyudahkan perlawanan dengan lima penyerang di atas padang.
"Pada mulanya saya memikirkan kami akan mencatat satu keputusan yang tidak diingini pada hujung saingan, namun nyata pemain pertahanan telah melakukan tugas dengan amat baik pada separuh masa kedua," tambahnya. - AFP
No comments:
Post a Comment