About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

23 December 2010

Copa Del Ray : Last 16 ( 1st Leg ) Real Madrid vs Levante UD

- 0

Wednesday December 22, 2010 Last 16 Finished Bernabéu


Real Madrid 8 - 0 Levante UD

  • Benzema 6’, 32’, 69’
  • Özil 10’
  • Cristiano Ronaldo 45’, 72’, 74’
  • Pedro León 89’
Download Goal :

MADRID: Karim Benzema (gambar) kembali berbisa dengan menjaringkan hatrik keduanya bulan ini manakala Cristiano Ronaldo turut menjaringkan tiga gol ketika Real Madrid menumpaskan Levante 8-0 di peringkat 16 pasukan terakhir perlawanan pertama Piala Raja Sepanyol, kelmarin.

Penyerang Perancis, Benzema hadir bagi menggantikan penyerang tengah, Gonzalo Higuain yang mengalami kecederaan dan berikutan persembahan menakjubkan dengan tiga jaringan di dalam Liga Juara-Juara menentang Auxerre pada 8 Disember lalu. Dia membuka jaringan menentang Levante pada minit keenam di Bernabeu apabila merampas bola daripada Miquel Robuste, memperdayakan Xavi Torres dengan beberapa langkah sebelum melepaskan rembatan rendah melepasi Gustavo Munua.


Ronaldo pula membuka peluang kepada Mesut Ozil untuk menjaringkan gol kedua pemain itu di gelanggang sendiri pada minit ke-10 dan Benzema sekali lagi memanfaatkan kesilapan pertahanan untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada m-31.

Bekas penyerang Olympique Lyon yang sukar untuk menyesuaikan diri di Sepanyol itu kemudiannya membantu Ronaldo untuk gol keempat pasukan sebelum separuh masa berakhir. Situasi tegang bagaimanapun berlaku pada awal separuh masa kedua. Benzema bertembung dengan Robuste yang berakhir dengan pertengkaran mulut. Kedua-dua pasukan dilayangkan kad kuning oleh pengadil.


Pemain Perancis yang genap 23 tahun pada Ahad itu melengkapkan hatrik m-69 sebelum Ronaldo menambah dua lagi gol m-72 dan 74 dengan Levante yang mengekang Real dengan keputusan 0-0 perlawanan La Liga pada September terus tenggelam. Pemain gantian, Pedro Leon menjaringkan gol kelapan pasukannya m-90.


“Ia adalah keputusan yang bagus kerana saya fikir peminat mahu meraihkan bola sepak dengan meriah dan hari ini kami berikan salah satunya,” kata Benzema di dalam satu temuramah bersama televisyen Sepanyol. “Saya akan bekerja lebih keras bersama pasukan dan semua orang. Saya mempamerkan peningkatan dari hari ke hari dan perlawanan demi perlawanan.” Real tidak memenangi piala domestik Sepanyol itu sejak 1993 dan berkemungkinan berdepan dengan pesaing setempat yang juga naib juara 2010, Atletico pada peringkat suku akhir. Pasukan itu menewaskan Espanyol pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri dengan keputusan 1-0, Rabu lalu.

Perlawanan kedua dijadualkan pada 5 Januari. Perlawanan lain menyaksikan juara bertahan, Sevilla bangkit dua kali untuk menewaskan Malaga 5-3 di gelanggang sendiri manakala Real Mallorca tewas 4-3 di Almeria. Pada Selasa, Athletic Bilbao mengekang persembahan lemah Barcelona dengan keputusan 0-0 di Nou Camp manakala Valencia juga gagal menterjemahkan dominasi mereka ke atas pesaing setempat, Villarreal apabila terikat 0-0. Pasukan bahagian dua, Cordoba bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat keputusan seri 1-1 ketika menentang Deportivo Coruna. - Reuters

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...