Nampaknya Proton menggunakan ruang Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) sebaik mungkin dengan memperkenalkan model baru yang diberi nama Proton Tuah.
Proton Tuah yang berkonsepkan sedan ini merupakan salah satu dari 5 model yang di pamerkan. Kesemua model ini diberi nama pahlawan melayu Melaka iaitu Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu.
Ada yang mengatakan bahawa Proton Tuah ini adalah model yang akan mengantikan Proton Persona di masa akan datang bagi menguasai segmen pasaran C bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga pasaran global.
Cuma masanya dan bila Proton Tuah ini akan dilancarkan belum di ketahui lagi.
Grill bahagian depan ini nampak 'unik'. Biasanya grill untuk kereta Proton lebih kepada grill yang berjalur lurus.
Rim tayar kereta ini berjari 10 dengan saiz 18 inci dengan mengunakan tayar jenis 225/40R18. Sekali pandang macam generasi kedua Subaru Legacy.
Lampu bahagian belakang yang berkonsepkan jalur merah ini menampakkan ciri-ciri futuristik sebuah kereta masa hadapan. Ekzosnya pula ada 2 iaitu terletak di kiri dan kanan.
Secara keseluruhannya memang model ini sesuai untuk kegunaan keluarga. Tak sabar nak tunggu bila model ini akan dipasarkan..
No comments:
Post a Comment