Sejarah Logo Kelab Arsenal - Kelab Terbaik Alam Semesta (TM)(C)(KDNK)(TPKK)
Sejarah kelab terbaik alam semesta Arsenal bermula pada tahun 1886 dengan tertubuhnya kelab Dial Square. Kelab ini ditubuhkan oleh operator-operator pengeluaran lelaki kilang membuat senjata Royal Arsenal. Dalam perlawanan pertama mereka pasa 11 Disember tahun tersebut, Dial Square merembat Eastern Wonderers 6-0. Selepas dua minggu mat-mat kilang Royal Arsenal rasa nama Dial Square tak cukup cool. Nama kelab ditukar kepada Royal Arsenal dua minggu selepas perlawanan pertama tadi. Pada tahun 1893 nama kelab ditukar lagi kepada Woolwich Arsenal apabila mereka start bermain secara profesional. Woolwich Arsenal juga merupakan kelab pertama dari selatan England yang menyertai Football Association. Tiga meriam menghala keutara diletakkan pada logo bagi menunjukkan salasilah kelab yang diasaskan pekerja kilang senjata.
Boleh tahan ganas juga logo ni. Logo ini kemudian diciplak oleh Axl Rose pada tahun 80-an untuk band musik yang diasaskannya.
Ketika era Herbert Chapman , sebuah lagi logo baru direka . Logo bedasarkan rekaan Art Deco ini hanya dipakai pada perlawanan-perlawanan berprofil tinggi seperti piala FA contohnya. Herbert Chapman juga menggunakan logo baru ini sebagai perhiasanpada lantai dan dinding di Highbury.
Pada tahun 1949 logo Arsenal diubah lagi dan ianya logo paling lama digunakan. Logo ini digunakan sehingga 2002.
Tahun 2002 logo diatas diubah atas sebab trademark. Pada masa ni banyak usahawan jalalan menjual barangan berlogo Arsenal berhampiran stadium. Logo kat atas tu tak pernah ditrademark oleh Arsenal kerana banyak kali direvised. Semua applikasi trademark ditolak akibat sebab itu. Akibatnya usahawan jalanan boleh jual scraf, topi dan t-shirt Arsenal tanpa perlu membayar royalti kepada kelab.
Pada tahun 2002 logo baru yang digunakan sekarang pun diperkenalkan. Logo terbaru ini mendapat tentangan kuat dari penyokong Arsenal kerana rekaanny tidak menggambarkan heritage Arsenal. Motto kelab "Victoria Concordia Crescit " (victory comes from harmony) turut dibuang pada design terkini.
2 comments:
baru koi tahu sjarah dia loga dia
banyak 2 logo koi suka yang bunga ros tu, bapok smartnya........
Post a Comment