About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

18 December 2010

Proton Jebat



Proton telah menghasilkan 5 model kereta baru bercirikan masa depan. Setiap model dinamakan mengikut nama pahlawan melayu Melaka. 


Model yang diberi nama Proton Jebat ini yang di inspirasikan dari Mitsubishi Lancer Evolution dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) baru-baru ini.




Pastinya bakal pemilik Proton Inspira teruja melihat model baru ini kan. Yelah dari dapat Proton Inspira yang ala-ala Lancer baik beli Proton Jebat ini yang ala-ala Lancer Evolution.


Tapi bakal pembeli Proton Inspira tidak perlu bimbang kerana tidak dapat di pastikan lagi sama ada model ini akan di pasarkan atau tidak. 




Kerusi di bahagian hadapan adalah kerusi berjenama Recaro yang di datangkan bersama jalur merah yang nampak garang.






Di hadapan dan belakang model ini dilitupi warna hitam sesuai dengan jalur hitam di bawah pintu bagi menampakkan ciri-ciri sebuah kereta racing.


Di tambah pula dengan spoiler di bahagian atas bonet memang nampak mengancam.


Apa pendapat anda tentang model Proton Jebat ini...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...