Sunderland 2 - 4 Chelsea
- Bardsley 4’
- Richardson 26’
- Lampard 15’ (pen.)
- Kalou 23’
- Terry 60’
- Anelka 90’
SUNDERLAND – Fernando Torres dijangka akan membuat kemunculan sulung bersama Chelsea yang akan menentang Liverpool, iaitu kelab yang menjualnya dengan rekod perpindahan termahal di Britain dengan berjumlah 50 juta pound (RM245 juta) pada Ahad ini, walaupun juara Liga Perdana itu menang 4-2 ke atas Sunderland kelmarin tanpanya.
Penyerang Sepanyol, Torres meninggalkan Anfield pada hari terakhir tempoh perpindahan pemain Isnin lalu.
Ia adalah usaha pemilik Chelsea, Roman Abramovich untuk memburu kejuaraan, setelah pasukannya masih 10 mata di belakang pendahulu Manchester United walaupun mencatat kemenangan menarik di Sunderland.
Berdasarkan prestasi Chelsea di Stadium of Light, Carlo Ancelotti mungkin boleh meletakan Torres dibangku simpanan sambil mengekalkan dua penyerang Didier Drogba dan Nicolas Anelka di bahagian serangan buat seketika.
Namun, pengurus dari Itali itu memberi isyarat bahawa Torres mungkin akan diturunkan pada aksi di Stamford Bridge, sesuatu yang menarik perhatian bos Sunderland, Steve Bruce.
“Torres dan Drogba di bahagian depan manakala Anelka di belakang membantu mereka? Bunyinya sangat bagus,’’ kata bekas ketua pasukan United, Bruce.
Kesediaan Ancelotti untuk memberikan Torres kemunculan pertama, menggambarkan keyakinan beliau terhadap penyerang itu, yang sekian lama agak terbiar dalam skuad Liverpool, yang bergelut sejak pulang dari kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan tahun lalu yang dimenangi Sepanyol.
“Fernando memilik keupayaan menakjubkan. Dengan kualiti yang dimilikinya, dia tiada masalah untuk beraksi dengan kami.
“Dia tiada masalah untuk beraksi dengan Dider Drogba atau lain-lain penyerang.
“Ia bukan masalah, ia tidak banyak mengubah susun atur pemain di bahagia tengah. Tidak banyak perubahan yang akan berlaku,’’ kata Ancelotti.
Namun, Ancelotti akan berdepan satu masalah, iaitu siapa yang akan memberi laluan kepada Torres.
Gandingan dua pemain Ivory Coast, Drogba dan Salomon Kalou berganding baik sebagai ‘serangan berkembar’ sambil dibantu penyerang Perancis, Anelka dari belakang.
“Nicolas melaksanakan tugas dengan baik di posisinya. Saya sangat gembira dengan prestasinya.
“Dia sangat berbahaya di posisinya dan sangat sukar buat Sunderland untuk mengawalnya. Dia boleh beraksi di posisinya,’’ katanya.
Chelsea berdepan United dua kali pada bulan terakhir Liga Perdana dan Ancelotti mendapat peluang untuk meleburkan rekod tanpa kalah skuad Alex Ferguson yang kini di tangga teratas liga.
“Kami menang di padang lawan ke atas Bolton dan Sunderland dan kami akan melakukan yang terbaik, tetapi saya tidak tahu jika ia sudah cukup baik untuk kami mencabar kejuaraan.
“Jika Manchester United meneruskan kecemerlangan mereka, adalah sukar untuk kami merapatkan perbezaan mata,’’ kata Ancelotti. – AFP
No comments:
Post a Comment