Real Madrid 2 - 0 Levante UD
Kali terakhir pengurus dari Portugis itu mengalami kekalahan di hadapan penyokong sendiri adalah pada 23 Februari 2002 apabila Porto tewas kepada pasukan pelawat, Beira Mar dan sejak itu beliau tidak pernah tewas dalam 148 perlawanan ketika membimbing Porto, Chelsea, Inter Milan dan Real.
Rekod bersih di gelanggang sendiri sejak tiba di Bernabeu berterusan apabila mencatat 12 kemenangan daripada 12 perlawanan hasil daripada dua gol separuh masa pertama oleh Karim Benzema dan Ricardo Carvalho untuk membolehkan Real mengumpul 60 mata.
Skuad bimbingan Pep Guardiola pula menanti kunjungan Athletic Bilbao selepas seri pada saingan liga dan kala dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu namun Mourinho tidak berminat untuk bercakap mengenainya.
“Saya tidak tahu sama ada menyaksikan aksi Barca menentang Athletic. Saya mungkin makan malam bersama keluarga kerana akan ke Lyon hari ini,” kata Mourinho.
“Saya tidak boleh mempengaruhi perlawanan itu. Tekanan adalah kepada pasukan di tempat kedua iaitu kami, bukannya kepada pasukan yang berada di kedudukan teratas.” Real beraksi tanpa penjaga gol Iker Casillas yang digantung dan merehatkan beberapa pemain seperti Pepe, Mesut Ozil dan Xabi Alonso menjelang kunjungan ke Lyon pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara namun masih mampu mendahului selepas hanya enam minit perlawanan bermula melalui Benzema.
Penyerang Perancis itu mudah menyambut hantaran daripada Angel Di Maria yang bijak bermain di sebelah sayap dengan menewaskan tiga pemain pertahanan sebelum melakukan hantaran lintang.
Levente lebih berhati-hati untuk mengelakkan kekecewaan apabila kembali mengemaskan permainan dengan gol kedua Real hadir seminit sebelum separuh masa pertama berakhir apabila Carvalho menyudahkan sepakan percuma Cristiano Ronaldo dari jarak dekat.
No comments:
Post a Comment