LONDON: Wajah muram Carlo Anceloti (gambar kecil), awal pagi semalam menceritakan betapa perit dia menyaksikan Chelsea mencicirkan lagi mata berharga selepas seri 0-0 ketika menentang Fulham di Craven Cottage, awal pagi semalam.
Selepas itu, dia tampil membuat kenyataan The Blues boleh melupakan impian memburu mahkota kejuaraan
Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini apabila beranggapan 12 mata di belakang pendahulu, Manchester United sebagai satu jarak yang jauh untuk dikejar.
“Pada ketika ini 12 mata terlalu jauh. Sasaran kami adalah menjuarai Piala FA dan beraksi lebih bertenaga dalam Liga Juara-Juara Eropah.
“Chelsea ketika ini mahu pantas kembali merampas kelompok empat teratas EPL. Misi ini lebih penting,” katanya.
Tambah perit, Chelsea seakan-akan kehilangan semua mata dalam perlawanan itu apabila Fulham mendapat sepakan penalti pada minit terakhir. Tetapi penjaga gol, Petr Cech muncul wira menyelamatkan rembatan Clint Dempsey. - Agens
No comments:
Post a Comment