About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

14 February 2011

LA LIGA Game 23 : Espanyol vs Real Madrid

 

  1. 10-man Real win at Espanyol

Sunday February 13, 2011 Day 23 Finished Estadio Cornellá-El Prat

RCD Espanyol 0 - 1 Real Madrid


  • Marcelo 24’
BARCELONA: Tanpa penjaga gol Iker Casillas yang dibuang padang selepas hanya dua minit beraksi gagal menghalang Real Madrid menewaskan Espanyol 1-0, semalam, sekali gus merapatkan jurang lima mata dengan Barcelona di tangga teratas La Liga.


Rekod 16 kemenangan berturut-turut Barca lebur, kelmarin, apabila mereka terpaksa bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk seri 1-1 di Sporting Gijon.

Kesempatan itu pantas diambil Real apabila tampil dengan semangat juang tinggi di stadium Cornella-El Prat.


Kapten skuad juara Piala Dunia, Sepanyol, Casillas dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Jose Callejon di luar kotak penalti dan jurulatih Real, Jose Mourinho memasukkan penjaga gol simpanan, Antonio Adan menggantikan pemain sayap Argentina, Angel Di Maria.

Keputusan pengadil itu menceriakan penyokong tuan rumah namun mereka dikejutkan pada minit ke-24 apabila pemain pertahanan Real, Marcelo yang meloloskan diri di bahagian kiri merembat kencang melepasi Carlos Kameni dari sudut sukar.


Pemain yang dipinjamkan dari Manchester City, Emmanuel Adebayor hampir melebarkan kedudukan di minit ke-40 namun lambungan pemain antarabangsa Togo itu terkena palang gol.


Adebayor berpeluang mengukuhkan kedudukan di lewat babak kedua namun Kameni menafikan dua percubaan bahayanya manakala Joan Verdu hampir berjaya menewaskan Adan.

Mourinho berkata, Real beraksi cemerlang untuk menundukkan pasukan lawan yang hebat meskipun kehilangan seorang pemain.

“Tiada perbezaan hanya kerana kami berjaya merapatkan dua mata. Saya lebih suka mempunyai kelebihan lima mata ke atas pasukan di tangga kedua,” kata pengendali dari Portugal itu.

Pada perlawanan lain, Villarreal terpaksa melepaskan kedudukan tangga ketiga liga apabila kalah 1-0 kepada Deportivo Coruna.


Pemain pertahanan, Alberto Lopo menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit ke-60 di Riazor apabila dia menolak masuk bola sepakan percuma Antonio Tomas. - Reuters

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...