Arsenal 2 - 1 Everton
- Arshavin 70’
- Koscielny 75’
- Saha 24’
LONDON - David Moyes berkata, ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas sepatutnya dibuang padang kerana 'komen yang menjijikkan' terhadap pegawai perlawanan ketika Gunners menang 2-1 ke atas Everton dalam Liga Perdana, kelmarin.
Everton mendahului 1-0 pada babak pertama perlawanan Stadium Emirates hasil jaringan Louis Saha, yang diakui oleh bos skuad Toffees, Moyes adalah ofsaid.
Arsenal berang apabila jaringan tersebut disahkan oleh pengadil Lee Mason, selepas berbincang dengan penjaga garisan dan Moyes berkata, Fabregas bernasib baik kerana dapat beraksi pada babak kedua, selepas mengeluarkan kata-kata kesat ketika rehat.
"Saya rasa apa yang berlaku ketika rehat di terowong menuju ke bilik persalinan amat teruk.
"Cesc Fabregas sepatutnya dibuang padang kerana komen beliau terhadap pegawai perlawanan ketika keluar padang menuju ke terowong.
''Ia menjijikkan. Saya tidak mahu mengulanginya tetapi seseorang akan memberitahu anda.
"Komen yang dibuat Fabregas sememangnya layak untuk dia dibuang padang.
"Saya rasa jaringan Saha ofsaid, jadi keputusan pengadil adalah tersilap, tetapi bukan Everton yang membuat keputusan tersebut.
"Saya juga rasa ada terjahan kasar ke atas pemain saya.
"Ulasan Fabregas terhadap pegawai perlawanan ketika masuk ke terowong, layak untuk dia dibuang padang.
"Ia komen yang mengecewakan daripada seseorang yang amat berbakat. Jika anda berkata di atas padang, anda pasti akan dibuang, jadi apa bezanya jika ia dibuat ketika anda berjalan menuju ke terowong?,'' kata Moyes.
Namun, pengurus Arsenal Arsene Wenger mempertahankan Fabregas dengan berkata: "Saya berada di sebelah Cesc Fabregas ketika rehat. Saya tidak nampak mengapa anda boleh marah terhadapnya. Saya bercakap dengan pengadil dan dia berada dalam keadaan tenang, anda boleh tanya pengadil.
"Dia tidak bercakap dengan pengadil ketika rehat. Saya bercakap dengan pengadil. Jika anda mempunyai rakaman, anda boleh periksa, saya yang bercakap dengan pengadil,'' kata Wenger.
Jaringan selepas rehat menerusi Andrey Arshavin dan Laurent Koscielny menyaksikan pasukan di tangga kedua, Arsenal mencatat kemenangan untuk Gunners lima mata di belakang pendahulu, Manchester United. - AFP
No comments:
Post a Comment