Osasuna 1 - 0 Real Madrid
Jaringan Javier Camunas pada minit ke-62 memberikan Mourinho kekalahan kedua liga sejak dia melatih kelab tersebut, menyebabkan Real semakin sukar untuk mencabar juara bertahan Barcelona.
“Saya tidak boleh menyalahkan pemain kerana mereka telah melaksanakan tugas mereka.
“Kami tidak sepatutnya kehilangan tiga mata ini tetapi kami kalah kepada pasukan yang memberikan segala-galanya dan mempunyai masa sepanjang minggu untuk membuat persediaan untuk perlawanan ini.
“Pada perlawanan baru-baru ini, kami tidak melepaskan gol dan kalah satu gol bukanlah begitu dramatik kerana kami juga berpeluang menjaringkan gol.
“Pada babak pertama, Karim Benzema mempunyai peluang gol dan Cristiano Ronaldo hanya berdepan satu sama satu dengan penjaga gol.
“Kami mempunyai peluang gol terbaik pada babak kedua tetapi gagal menjaringkan gol ke atas pasukan yang bertahan dengan baik,’’ kata Mourinho.
Mourinho menurunkan pemain baru Emmanuel Adebayor, yang dipinjam dari Manchester City sehingga hujung musim ini, namun kemunculan sulungnya gagal memberikan gol penyamaan untuk Real, apabila banyak percubaan tersasar.
“Saya rela kalah dalam perlawanan seperti ini apabila pasukan lawan banyak melakukan asakan, berbanding kerana pasukan saya yang memberi laluan kepada lawan mereka.
“Kami tidak memberikan yang terbaik pada aksi di padang lawan. Anda terpaksa melepaskan mata jika anda tidak memberi tentangan dan apabila anda bersahaja, tetapi ia tidak berlaku di sini,’’ katanya.
Kekalahan itu bermakna Real keciciran 12 mata sebaliknya Barcelona menang semua 10 perlawanan mereka di padang lawan namun Mourinho enggan mengulas ia menandakan berakhirnya saingan kejuaraan buat Madrid.’
“Perlawanan di Pamplona memang sentiasa sukar dan saya tidak fikir banyak pasukan yang mampu memang di sini.
“Anda hanya akan menang di sini jika mampu bertahan kukuh dan menjaringkan gol,’’ katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment