About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

16 December 2010

Aku Masih Dara - Filem berkonsepkan Dakwah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihXlbyf2BRJ2Z5MSgbp8r8J5q-Rdp07sdTTcRDYYkinCqaV53RqAMaCYcVCBQUxmeGhKj0YH59tMx-cLZNYgz7xXMUMzDdTmcVHlyGqT6Jhdc71q8S9Ji_9J3M2NR4cDqsUGz012mIFZ4/s1600/aku_masih_dara.jpg

Selepas pelbagai kejayaan yang dikecapi melalui filem arahannya, kini Ahmad Idham sekali lagi diberi kepercayaan oleh MIG Productions Sdn. Bhd (MIG) untuk mengemudi filem terbaru, Aku Masih Dara.

Menurut Idham, filem yang mengisahkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja itu berdasarkan kisah benar yang dilalui oleh seseorang yang menyebabkan dia berasa terpanggil untuk mengarah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6583bV37mXwD8T2GS3hgysWP1XwDjxD6rQwKmLI_DMug2Ms2wWgtIewgoPZ9X28rOoyFvaXoeBI8h1L1A3MT0PDSDLko2FIemGFV-ApTaw6xl80xBo5mGK8mM9ZYVM2eWbYDuDp-i8H8/s400/aku_masih_dara_011.jpg


"Ia adalah pembongkaran kepada masalah remaja islam zaman sekarang yang makin jauh tersasar daripada landasan sebenar. Filem ini sangat dekat dengan masyarakat kerana ia benar-benar berlaku di Malaysia pada hari ini. Ideanya datang selepas saya mendengar kisahnya daripada seseorang.

"Pelbagai isu yang diketengahkan - daripada pergaulan bebas hinggalah kepada masalah dadah. Contohnya, saya cuba mengupas mengenai pelbagai pemahaman berbeza mengenai agama Islam. Di sini, saya banyak selitkan unsur-unsur nasihat dan dakwah" kata Idham yang ditemui, baru-baru ini.
http://1.bp.blogspot.com/_di56NXvYy1A/TPinJ9zcBoI/AAAAAAAAB2M/VBgth5BM0vs/s1600/aku_masih_dara_003.jpg

Idham turut menjelaskan, kejayaan memberangsangkan melalui filem yang bercorak keagamaan seperti Syurga Cinta yang ditayangkan tahun lalu mendorong MIG menerbitkan filem ini. Namun ia bukanlah sambungan dari filem tersebut tetapi menggunakan konsep dan pendekatan yang sama iaitu dakwah.

Aku Masih Dara
kini dalam proses pembikinan di sekitar Lembah Klang dan Cameron Highlands, Pahang. Filem yang menggunakan bajet sebanyak RM1.5 juta ini bakal ditayangkan pada pertengahan 2010.
http://1.bp.blogspot.com/_J_bmsXz_wZU/TPC3X7UTbsI/AAAAAAAAARM/JS663E4T2-g/s1600/aku%2Bmasih%2Bdara.png

Pelakon yang menjadi tonggak utama iaitu Raja Farah dan Asyraf Muslim. Manakala ia turut dibintangi Dian P.Ramlee, Rahim Jailani, Safura, Riezman Khuzaimi, Diana Amir dan ramai lagi.

Aku Masih Dara
mengisahkan 3 sahabat Aleesya, Sofea dan Hani yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Mereka mempunyai pandangan yang berbeza tentang Islam berdasarkan cara didikan oleh ibu bapa masing-masing.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaAT9vBpM73Tsn6bgKN-HR4gxOy4yNe6EPo0oQeKdUQF3hwfIA9hqTLZ-zNOw0m9eYkE2VSqKrSS7chFXjInAvl_nlqD2PHzrz49FqQ55WokMcDCsCQ9RSjafuHHiGHAvkuuxFsDM6upsU/s1600/17.JPG


Perbezaan ini tidak menghalang persahabatan mereka sehinggalah kemunculan Firdaus, sepupu kepada Aleesya yang warak. Menyedari Aleesya yang hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduknya sehinggakan dia membenci Firdaus.

Aku cerita macam ni.... leh la layan......kadang - kadang  kesilapan kita akan terbongkar dan kita patut membaikinya...........

Trailer Aku masih dara

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...