Proton  telah menghasilkan 5 model kereta baru bercirikan masa depan. Setiap  model dinamakan mengikut nama pahlawan melayu Melaka. 
Model  yang diberi nama Proton Jebat ini yang di inspirasikan dari Mitsubishi  Lancer Evolution dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur  2010 (KLIMS 2010) baru-baru ini.
Pastinya bakal pemilik Proton Inspira  teruja melihat model baru ini kan.  Yelah dari dapat Proton Inspira yang  ala-ala Lancer baik beli Proton  Jebat ini yang ala-ala Lancer  Evolution.
Tapi   bakal pembeli Proton Inspira tidak perlu bimbang kerana tidak dapat di   pastikan lagi sama ada model ini akan di pasarkan atau tidak. 
Kerusi di bahagian hadapan adalah kerusi berjenama Recaro yang di datangkan bersama jalur merah yang nampak garang. 
Di  hadapan dan belakang model ini dilitupi warna hitam sesuai dengan jalur  hitam di bawah pintu bagi menampakkan ciri-ciri sebuah kereta racing.
Di tambah pula dengan spoiler di bahagian atas bonet memang nampak mengancam.
Apa pendapat anda tentang model Proton Jebat ini...
 



No comments:
Post a Comment