About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

31 December 2010

BPL Game 20 : Wigan vs Arsenal

Ten-man Wigan hold Arsenal

Wednesday December 29, 2010 Day 20 Finished DW Stadium

Wigan Athletic 2 - 2 Arsenal


  • Watson 18’ (pen.)
  • Squillaci 81’ (o.g.)
  • Arshavin 39’
  • Bendtner 44’
WIGAN, England - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mempertahankan polisi penggiliran pemain selepas skuad bimbi- ngannya seri 2-2 dengan Wigan Athletic awal pagi semalam.
Keputusan itu telah menjejaskan pelu- ang Arsenal dalam pemburuan gelaran Liga Perdana England musim ini.

Ketika ini, Arsenal menghuni tempat ketiga, dua mata di belakang pendahulu liga, Manchester United dan Manchester City di tempat kedua.

Pada pertemuan itu, sepakan penalti Ben Watson meletakkan Wigan di depan seawal minit ke-18 sebelum Andrey Ar- shavin dan Nicklas Bendtner memberi- kan kelebihan kepada Arsenal sebelum aksi babak pertama di DW Stadium berakhir.

Begitupun tiga minit selepas Charles N'Zogbia diarah keluar padang kerana mengkasari pemain muda

Arsenal, Jack Wilshere, Sebastien Squillaci menanduk masuk gol ke gawang sendiri untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Wenger menjadi sasaran peminat Arse- nal yang tidak berpuas hati selepas dia melakukan lapan pertukaran daripada skuad yang menewaskan Chelsea 3-1 pada Isnin lalu.

Hanya Lukasz Fabianski, Bacary Sagna dan Laurent Koscielny dikekalkan dalam skuad itu.

"Tidak ada peraturan," kata pengendali kelahiran Perancis itu.

"Kami mempunyai kekurangan. Kali terakhir Wigan bermain adalah tiga hari lalu manakala kami bermain dalam tempoh 48 jam lalu. - AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...