
Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah  dijangka akan memeriahkan industri filem tempatan sepanjang bulan  Disember ini. Filem  bergenre seram komedi arahan Mamat Khalid dan  diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd. ini dijadualkan ditayangkan  di pawagam pada 9 Disember nanti.
Saudara Mamat Khalid sebelum pada ini  pernah mengarahkan filem bergenre yang sama Zombi Kampung Pisang. Secara  peribadi memang kami sekeluarga terhibur dengan filem Zombi Kampung  Pisang sebelum ini.
Sejak trailer mengenai filem tersebut  ditayangkan di saluran televisyen anak-anak saya yang sememangnya  peminat filem seram dan komedi sudah awal-awal lagi berpesan untuk  menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni di pawagam.
Husin yang bekerja di Singapura telah  bercadang untuk pulang ke kampung  halamanya, Kampung Pisang. Setelah  kepulangannya, dia merasakan  jirannya, Mak Limah berkelakuan pelik  kerana tidak bercakap dan tidak  tidur. Sewaktu minum di warung Pak  Munawar, Husin menceritakan  berkemungkinan bahawa Mak Limah adalah  hantu. Pak Abu membuat cadangan  untuk menyiasat dengan lebih lanjut dan  mereka telah pergi ke rumah Mak  Limah dan mereka terperanjat kerana  melihat mayat Mak Limah dan  menjadi busuk. Walaubagaimanapun, setelah  Mak Limah dikebumikan, orang  kampung masih lagi mengalami  kejadian-kejadian aneh.
 heroin cerita hantu mak limah balik rumah
Kalau kak Limah sudah selesai di tanam hantu apakah itu sebenarnya? itulah sebenarnya misteri yang cuba dihuraikan dalam filem Hantu Kak Limah balik rumah tersebut.
 Gandingan pelakon-pelakon yang hampir  sama seperti filem Zombi Kampung Pisang sebelum ini iaitu Awie, Man  Kadir, Zami Ismail, Johan Raja Lawak, Pekin, Shoffi Jikan, Avaa Vanja  dan Nadia Mustafar. Serta dengan kehadiran Ummi Nazeera sebagai pelakon  utama juga diharap memberikan impak kepada keberkesanan filem tersebut.

Kalau tak ada apa-apa halangan koi nak layan cerita ni.. dah la koi  x dan tok ngangkung... bengang tui... huhuhu.koi harap koi  dapat pujuk geng2 koi tgk wayang hujung minggu depan.....
Lagu Filem Hantu Kak Limah

No comments:
Post a Comment