Memperkenalkan inilah dia Proton  Lekiu, salah 1 dari 5 model Proton 'pahlawan melayu Melaka' yang  dipamerkan di KLIMS 2010 baru-baru ini.
Konsep Proton Lekiu ini diadaptasi  dari Proton Exora tetapi dalam bentuk SUV (Sport Utility Vehicle).  Bentuk depan model Proton Lekiu ini hampir sama dengan Proton Exora. 
Menurut sumber, Proton dan Lotus  Engineering akan membangunkan model SUV untuk pasaran Eropah.  Walaubagaimanapun, tak dapat dipastikan lagi sama ada model Proton Lekiu  ini akan dipasarkan atau tidak
Lampu belakang Proton Lekiu ini  nampak seakan-akan Proton Exora. Cuma bahagian belakang Proton Lekiu ini  nampak lebih tinggi berbanding Proton Exora. 
Selain sesuai untuk aktiviti  lasak, Proton Lekiu ini juga sesuai untuk mereka yang berkeluarga.  Dengan ruang dalamannya yang luas tiada masalah untuk membawa barang  yang banyak
Apa pendapat anda tentang model ini?




No comments:
Post a Comment