About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

09 December 2010

UCL Game 6 : Arsenal vs Partizan Belgrade

  1. Arsenal stumble past Partizan

Wednesday December 8, 2010 Group Phase: Group H Finished Emirates Stadium

Arsenal 3 - 1 Partizan Beograd

  • van Persie 30’ (pen.)
  • Walcott 73’
  • Nasri 77’

LONDON: Arsenal, Roma dan Shakhtar Donetsk melengkapkan pasukan terakhir layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, awal pagi semalam, menamatkan malam terakhir peringkat kumpulan dicemari dengan rusuhan penonton di Slovakia.
Arsenal terikat 1-1 di gelanggang sendiri dengan Partizan Belgrade tapi kumpulan yang menghadirkan banyak kejutan itu berakhir seperti dijangkakan apabila Theo Walcott dan Samir Nasri menjaringkan gol bagi memastikan kemenangan 3-1 sekali gus layak sebagai naib juara Kumpulan H.

Shakhtar juga dikekang Braga sebelum meledakkan dua gol pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 2-0 di gelanggang sendiri yang membolehkan mereka muncul juara kumpulan di depan Arsenal, manakala Roma dipaksa seri 1-1 di CFR Cluj untuk mara di belakang Bayern Munich dalam Kumpulan F.
Undian bagi pusingan pertama kalah mati, yang dilangsungkan pada 17 Disember menampilkan kelab utama Eropah namun mampu membimbangkan Arsenal kerana kedudukan di tangga kedua bermakna mereka mungkin berdepan Barcelona atau Real Madrid di kalangan juara kumpulan.

Tiada dalam undian adalah Zilina dan Spartak Moscow, yang menyaksikan perlawanan Kumpulan F di Slovakia dihentikan selama 20 minit apabila penyokong membaling mercun ke atas padang daripada bahagian yang dihuni penyokong Spartak.

Bayern, Chelsea, Olympique Marseille, Real Madrid dan AC Milan sudah memastikan tempat mereka terlebih awal sebelum perlawanan terakhir kumpulan, kelmarin.

Chelsea, yang berdepan kempen buruk pada Liga Perdana Inggeris kalah 0-1 di tangan Olympique Marseille menerusi gol Brandao sembilan minit sebelum tamat tapi ketika keputusan itu pasti membimbangkan jurulatih Carlo Ancelotti, ia tidak memberi kesan dalam Kumpulan F.

Kelab Inggeris itu sudah memastikan layak sebagai juara kumpulan di depan lawan dari Perancis itu.
Terdahulu, FC Copenhagen meraih satu lagi tempat dengan mengalahkan Panathinaikos Selasa lalu.

Pasukan yang sudah memastikan tempat daripada Kumpulan A hingga D ialah Tottenham Hotspur, penyandang juara Inter Milan, Schalke 04, Olympique Lyon, Manchester United, Valencia dan Barcelona. - Reuters


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...