About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

23 December 2010

Janin - Betoi - betoi Seram

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPNzqU_bANHwPpFreuAN5HJ4VKHH7e9otnDvYLZ6LLdwUhSKPPixRuR_XwcPGkaOROIsjXszVkuS3Lu00bP_yavofVFK_MZvSGQlmjDTw7oxZSkaRLS7zAGyDF59grHfgE2hhT_AZ5tWXW/s320/janin.php.jpeg

Grand Brilliance Sdn. Bhd mempersembahkan sebuah filem seram terakhir pada tahun 2010 arahan Yeop Hitler iaitu filem Janin. Pelakon yang membintangi filem Janin ini ialah Eja, Hairie Othman, Sherie Merlis, Zami Ismail, Kismah Johar, Zulkifli Zain, Kak Gee, Gazali Abu Noh, Kuswadinata, Dato’ Haji Rahim Razali, Airis Yasmin dan Amir.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 23 Disember 2010.



Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehulangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.
http://syahrilhafiz.com/blog/wp-content/uploads/2010/12/orang-kampung.jpeg


Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil
kecurian semakin berkurangan.

http://www.utusan.com.my/pix/2010/1214/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.1.jpg
Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih sayang telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang-orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGbfExjmW4oZu-LOcLPWZ-8diM-IqpLpxYaDzw_7P1HAalxjXxnMhyphenhyphenpLnYwn7Qp-4TBUsV1pkyXrNfGL4LbBJbWw5yTZpzs03Fuq0U5ca9NVgAVLw_q_o0b1y3HZNMVuR_3YkQCax42uw/s1600/IMG_3200.JPG 

TRAILER JANIN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...