
Tengok pada trailer filem ngangkung ni boleh tahan ceritanya, kelakar.. tak sabar pula nak tunggu tayangannya pada 25 november 2010 nanti..
‘Ngangkung’ adalah satu  perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh  bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati  seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. So bagi korang yang selalu pergi ngangkung, apa kata pergi tengok filem ni.. ambil iktibar sikit!…

Filem ngangkung  mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah  perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.  Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan  memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh  isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah  menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana  desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim  mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil  ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin  seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan  Suri.
Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh  mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian  seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara  dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius  sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor  ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.
Sehingga satu hari berlaku kejadian yang  benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan  berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab  dalam “NGANGKUNG”. Jangan lupa saksi filem ni.. nampak macam best dan kelakar je… jom enjoy di panggung wayang!..
1 comment:
citer dia sgt best dan kelakar..5 bintang la..mlm ni kome nk g nangkung..
Post a Comment