About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

14 December 2010

BPL Game 17 : Manchester United vs Arsenal

  1. Park sends United top

Monday December 13, 2010 Day 17 Finished Old Trafford



Manchester United 1 - 0 Arsenal



  • Park 41’

Download Goal :

Man United 1-0 Arsenal (Park) - football video.flv  
MANCHESTER: Manchester United menyingkirkan Arsenal daripada takhta Liga Perdana Inggeris ketika mereka membendung serangan pencabar kejuaraan dengan kemenangan 1-0 terima kasih kepada gol Park Ji Sung (gambar), awal pagi semalam.

United mendahului empat minit sebelum rehat apabila pemain tengah Korea Selatan, Ji Sung menanduk masuk hantaran silang Nani dari sebelah kanan yang tertampan sedikit pertahanan Arsenal, Gael Clichy.

Mereka melepaskan peluang untuk mendahului 2-0 apabila Wayne Rooney merembat melepasi palang menerusi sepakan penalti ketika masa berbaki 15 minit selepas Clichy memegang bola dengan tangan dalam kawasan penalti di Old Trafford.

Pasukan tuan rumah, tidak kalah dalam liga musim ini dan dengan rekod terbaik di laman sendiri, berdepan pasukan yang memiliki rekod terbaik di gelanggang lawan tetapi Arsenal gagal memanfaatkan peluang dan kini mereka menduduki tangga kedua dengan 32 mata, dua mata di belakang United yang bermain kurang satu perlawanan.

Taktik pengurus United, Alex Ferguson bermain dengan lima pemain di tengah berbaloi apabila kombinasi serangan Arsenal, Marouane Chamakh, Samir Nasri dan Andrei Arshavin gagal mempamerkan gerakan yang dikagumi musim ini.

“Kami tidak mencipta banyak peluang. Hantaran kami tidak pantas dan tajam untuk mengelirukan mereka,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

“Kualiti teknikal perlawanan agak tidak bagus di kedua-dua pasukan kerana padang amat teruk pada pandangan saya dan perlawanan itu terjejas kerananya.” Disaksikan oleh beberapa pelombong Chile yang diselamatkan Oktober lalu selepas terperangkap lebih dua bulan di bawah tanah, perlawanan kurang berkualiti itu turut menguji kesabaran pelombong itu.

Ia juga tidak banyak menggambarkan potensi kedua-dua pasukan untuk muncul juara ketika mereka bergelut untuk mengawal bola apabila mereka menghampiri kotak penalti lawan.

United lebih berminat menguji penjaga gol muda Arsenal, Wojciech Szczesny, yang membuat kemunculan sulung pada Liga Perdana dan menggantikan rakan senegara dari Poland, Lukasz Fabianski.

Pemain sayap Portugal, Nani merembat terus ke dakapan penjaga gol berusia 20 tahun itu dan Rooney melakukan perkara sama beberapa minit kemudian tetapi penjaga gol itu bertindak cemerlang. - Reuters
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...