About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

23 December 2010

Copa Del Ray : Last 16 ( 1st Leg ) Barcelona vs Athlethic Bilbao

- 0

Tuesday December 21, 2010 Last 16 Finished Camp Nou



FC Barcelona 0 - 0 Athletic Bilbao

BARCELONA, Sepanyol - Athletic Bilbao beraksi cemerlang untuk mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Barcelona pada pusingan kedua Piala Raja Sepanyol kelmarin.

Lebih menarik, keputusan seri itu turut mencalarkan rekod 10 kemenangan berturut-turut Barcelona.

Meskipun itu adalah kali pertama Barcelona gagal menjaringkan gol sepanjang 22 perlawanan, pasukan tuan rumah berjaya melebarkan rekod tanpa kalah sebanyak 23 perlawanan.

Selain kerja keras penyerang Bilbao, Fernando Llorente, jurulatih Joaquin Caparros turut melakukan beberapa perubahan dalam usaha untuk mengekang jentera serangan Barcelona pada pertemuan pertama di Stadium Nou Camp itu.

Sebaliknya, Lionel Messi dan David Villa masuk sebagai pemain simpanan pada awal babak kedua tetapi kedua-dua pemain itu gagal melakukan impak yang besar.

"Ia adalah sesuatu yang memalukan kerana kami telah bermain dengan baik," kata penyerang Barca, Pedro Rodriguez.

"Mereka bertahan dengan baik. Sukar untuk kami memperoleh ruang dan kami percubaan kami tidak menepati sasaran."

Setakat ini, Barcelona telah mencatat 21 kemenangan, dua kali kalah dan empat kali seri dalam semua pertandingan.

Guardiola berkata, Barcelona telah bermain banyak perlawanan yang menarik pada tahun 2010 tetapi masih ada beberapa bulan yang perlu dihadapi, sekali gus bertemu lawan yang hebat.

Pada perlawanan lain, Valencia dan Villarreal seri tanpa jaringan manakala pasukan Divisyen Dua, Cordoba seri 1-1 di gelanggang sendiri menentang Deportivo La Coruna. - AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...