satu kawasan Dataran Patin ( Nama Gelaran Temerloh Sekarang )
 Kampung revolusioner ini dipagari oleh hutan yang kecil sahaja. Di sisinya terbentang Sungai Pahang yang mengalir beralun-alun sepanjang tahun. Kebanyakan penduduknya terdiri dari kaum tani miskin dan tani sedang lapisan bawah.
Walaupun  kampung ini kecil dengan belasan buah rumah dan penduduknya hanya 90  orang sahaja namun ia memiliki kisah-kisah revolusioner yang kaya raya  dan mengkagumkan. Ia adalah sebuah basis kecil yang ulung bagi Rejimen  Ke-10. 
Rakyat dan hanya rakyatlah yang merupakan tenaga penggerak yang menciptakan sejarah dunia. Peranan yang dimainkan oleh massa rakyat revolusioner Lubuk Kawah serta sokongan yang telah mereka curahkan kepada revolusi merupakan sumbangan-sumbangan yang amat berharga kepada perjuangan bersenjata.
Di masa Perang Anti-Jepun, pemuda-pemudanya secara rahsia telah mendirikan persatuan anti-Jepun, melakukan kerja kawalan, mengutip derma, mencari berbagai maklumat tentang musuh dan lain-lain. Apabila fasis Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, massa kampung Lubuk Kawah turut serta mengambil bahagian dalam perarakan di bandar Temerloh bagi merayakan kemenagan perang anti-fasis itu.
Pada masa aman, pengaruh PKM PKMM, API AWAS, Barisan Tani dan kemudian PETA berurat berakar di kampung ini. Massa kampung khasnya pemuda pemudi revolusioner telah memupuk aktivis-aktivis baru dalam berbagai lapangan. Anggota-anggotanya menubuh dan mengelolakan sebuah kedai syarikat kerjasama, mengerjakan kebun syarikat, mengelolakan 2 buah motobot syarikat, mengadakan aktiviti bergotong royong kampung seperti menanam padi, menyemai dan menumbuk padi, mengadakan pakatan sekampung untuk khairat kematian dan lain-lain.
Massa revolusioner kampung ini menghadapi ujian-ujian lebih berat setelah diisytiharkan Undang-undang Darurat. Pemuda pemudi revolusioner, kader-kader dan anggota PKMM, PETA, AWAS dan Barisan Tani Malaya tempatan dengan semangat yang menyala-nyala telah menyahut seruan PKM dan berdahulu kemudian memanggul senjata menceburkan diri dalam pasukan gerila.
View Larger Map
Kaum penjajah British semakin bermaharajalela di merata kampung mengugut, menangkap bahkan membunuh orang ramai untuk memutuskan hubungan antara pasukan-pasukan gerila di hutan dengan massa rakyat. Akan tetapi massa revolusioner kampung Lubuk Kawah sekali-kali tidak tunduk di hadapan terror putih musuh. Biar keadaan betapa sulit sekalipun, mereka tetap berpendirian teguh, dengan hangat menyokong dan mendukung pasukan gerila walaupun diugut, dipenjarakan, disiksa bahankan dihukum gantung.

Sejak dari masa perang Bahaman hinggalah ke masa Perang Anti-Jepun,  melalui masa aman (selepas Jepun kalah hingga darurat) membawa kepada  Perang Pembebasan Nasional Anti-British, massa revolusioner kampung ini  bertekad teguh dan dengan semangat patriotisme yang berkobar-kobar telah  bangkit berjuang melawan penjajahan demi membela kampung halaman dan  demi kemerdekaan tanah air. 
Di masa Perang Anti-Jepun, pemuda-pemudanya secara rahsia telah mendirikan persatuan anti-Jepun, melakukan kerja kawalan, mengutip derma, mencari berbagai maklumat tentang musuh dan lain-lain. Apabila fasis Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, massa kampung Lubuk Kawah turut serta mengambil bahagian dalam perarakan di bandar Temerloh bagi merayakan kemenagan perang anti-fasis itu.
Pada masa aman, pengaruh PKM PKMM, API AWAS, Barisan Tani dan kemudian PETA berurat berakar di kampung ini. Massa kampung khasnya pemuda pemudi revolusioner telah memupuk aktivis-aktivis baru dalam berbagai lapangan. Anggota-anggotanya menubuh dan mengelolakan sebuah kedai syarikat kerjasama, mengerjakan kebun syarikat, mengelolakan 2 buah motobot syarikat, mengadakan aktiviti bergotong royong kampung seperti menanam padi, menyemai dan menumbuk padi, mengadakan pakatan sekampung untuk khairat kematian dan lain-lain.
Mereka sering mengadakan perbincangan-perbincangan mengenai  pergolakan politik tanah air, mengadakan perbarisan, menaikkan bendara,  menganjurkan rapat umum anti-British dan lain-lain. Apabila API  diharamkan dan cawangannya ditutup, pemuda-pemuda revolusioner kampung  mendirikan pula PETA. Gerakan PETA setengah terbuka dan setengah rahsia.  Anggota-anggota PETA disusun bergerup-gerup belajar dalil-dalil  revolusi secara rahsia di bawah bimbingan kader-kader parti di bawah  tanah. Pada bulan April 1948, anggota-anggota PKMM, PETA dan AWAS  tempatan telah menghantar perwakilan ke Kongres Kebangsaan PETA dan  sama-sama mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran di Temerloh  pada akhir kongres itu. 
 ( Gambar : cucu cicit pejuang Lubuk Kawah )
Ketika diadakan Sekolah Parti Kem Se-Malaya yang diadakan di kawasan  hutan berhampiran Lubuk Kawah, massa revolusioner kampung ini telah  memainkan peranan penting. Mereka aktif menghulurkan derma dalam  berbagai bentuk untuk mendukung sekolah parti tersebut. Setiap buah  rumah telah memberikan 50 gantang padi atau lebih. Ada keluarga-keluarga  petani yang mendermakan ratusan gantang. Apabila padi dikumpulkan,  anggota-anggota pergerakan wanita sibuk mengorganais aktiviti menumbuk  padi secara bergotong royong di kalangan orang ramai. 
Massa revolusioner kampung ini menghadapi ujian-ujian lebih berat setelah diisytiharkan Undang-undang Darurat. Pemuda pemudi revolusioner, kader-kader dan anggota PKMM, PETA, AWAS dan Barisan Tani Malaya tempatan dengan semangat yang menyala-nyala telah menyahut seruan PKM dan berdahulu kemudian memanggul senjata menceburkan diri dalam pasukan gerila.
View Larger Map
Kaum penjajah British semakin bermaharajalela di merata kampung mengugut, menangkap bahkan membunuh orang ramai untuk memutuskan hubungan antara pasukan-pasukan gerila di hutan dengan massa rakyat. Akan tetapi massa revolusioner kampung Lubuk Kawah sekali-kali tidak tunduk di hadapan terror putih musuh. Biar keadaan betapa sulit sekalipun, mereka tetap berpendirian teguh, dengan hangat menyokong dan mendukung pasukan gerila walaupun diugut, dipenjarakan, disiksa bahankan dihukum gantung.

4 comments:
ni la sejarah dia..klau aok tahu dr awl time interview ari 2 mesti meleleh air liur panel 2 haha
jangan aok cerita pasal interview.... ia membuatkan koi panas !!!!
Inilah kampung asal koi..
Medi, mane aok dpt sejarah kampung Lubuk Kawah ni?
Aok interview sape?
koi cari kat blog orang lain ni, ntah sape ntah nampak menarik koi ambik la, bior bangga sikit anak cucu cicit orang LUBUK KAWAH....
Post a Comment