Nampaknya Proton menggunakan ruang Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) sebaik mungkin dengan memperkenalkan model baru yang diberi nama Proton Tuah.
Proton Tuah yang  berkonsepkan sedan ini merupakan salah satu dari 5 model yang di  pamerkan. Kesemua model ini diberi nama pahlawan melayu Melaka iaitu  Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. 
Ada  yang mengatakan bahawa Proton Tuah ini adalah model yang akan  mengantikan Proton Persona di masa akan datang bagi menguasai segmen  pasaran C bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga pasaran global.
 Cuma masanya dan bila Proton Tuah ini akan dilancarkan belum di ketahui lagi. 
Grill bahagian depan ini nampak 'unik'. Biasanya grill untuk kereta Proton lebih kepada grill yang berjalur lurus. 
Rim tayar kereta ini berjari 10 dengan  saiz 18 inci dengan mengunakan tayar jenis 225/40R18. Sekali pandang  macam generasi kedua Subaru Legacy. 
Lampu  bahagian belakang yang berkonsepkan jalur merah ini menampakkan  ciri-ciri futuristik sebuah kereta masa hadapan. Ekzosnya pula ada 2   iaitu terletak di kiri dan kanan. 
Secara keseluruhannya memang model ini sesuai untuk kegunaan keluarga. Tak sabar nak tunggu bila model ini akan dipasarkan..






No comments:
Post a Comment