Memperkenalkan inilah dia Proton  Kasturi yang di adaptasi dari Proton Saga R3 yang merupakan salah 1   dari 5 model yang dinamakan mengikut nama pahlawan melayu Melaka.
Model Proton Kasturi ini  dipamerkan di KL International Motorshow 2010 baru-baru ini bersama  Proton Tuah, jebat, Lekir dan Lekiu.
Ini  adalah pandangan dari hadapan model Proton Kasturi ini. Kelebaran model  ini agak pendek sedikit kerana ia mengikut ukuran kelebaran Proton saga  BLM. 
Secara kasar Proton Kasturi ini hampir sama dengan model Proton Sage R3 cuma tema Proton Kasturi ini adalah hitam dan putih. 
Bukan  sahaja permukaan luar Proton Kasturi sahaja bertemakan hitam dan putih  tetapi juga ruangan dalamannya dari dashboard sehinggalah ke kusyennya. 
Meter Proton kasturi ini nampak ringkas tetapi yang pasti ianya membantu penglihatan pemandu melihat meter ketika cuaca gelap.
Terdapat  lampu cahaya LED pada bahagian belakang model Proton Kasturi ini bagi  membantu memberi pengcahayaan tambahan ketika cuaca berkabus. 
Rimnya  pula berjari 10 dengan saiz 18 inci. Dari jauh memang nampak mengancam  sekali model ini. Secara purata, tak jauh beza Proton Kasturi ini dengan  Proton Saga R3. 
Cuma warna temanya hitam putih itu menampakkan seolah-olah model ini 'kereta zombie' pula..  
Apa pendapat anda tentang model ini.... 





No comments:
Post a Comment