Arsenal 2 - 1 Fulham
- Nasri 14’, 75’
 
LONDON - Arsene Wenger percaya, Arsenal bakal  menampilkan permainan lebih hebat dalam usaha mencabar kejuaraan Liga  Perdana England selepas merampas kedudukan pendahulu dengan mengalahkan  Fulham 2-1 kelmarin. 
Dua gol oleh Samir Nasri memberi tiga mata penting di Stadium  Emirates untuk membenarkan skuad Wenger mendapat kelebihan ke atas  Chelsea yang kehilangan dua mata ketika seri 1-1 dengan Everton pada  ketika aksi Manchester United di Blackpool ditunda akibat salji tebal.
Itu bermakna, skuad Gunners kini memegang kelebihan satu mata  meskipun gagal mempamerkan musim terbaik mereka dan Wenger menjangkakan,  lebih banyak peningkatan akan hadir dalam masa akan datang.
"Setakat ini, kami berada di mana kami patut berada walaupun hilang tiga mata di laman sendiri. Setiap perlawanan umpana final dan jika anda tidak bersedia, anda tidak akan menang.
"Kami mempunyai semangat dan kualiti tetapi masalah utama adalah  sering berdepan dengan pencabar yang kuat. Biarpun kejuaraan masih jauh,  namun kami mempunyai nafsu dan semangat berlawan.
"Sudah tentu kami cukup bagus untuk meneruskan perjuangan dengan lebih hebat,'' kata Wenger.
Kelmarin, Nasri membuka gol awal tuan rumah selepas mengelecek pemain  lawan di kawasan penalti, meninggalkan Brede Hangeland dan Aaron Hughes  sebelum memperdayakan Mark Schwarzer.
"Saya setuju kalau kami dilihat senang terdedah dengan serangan lawan  dalam keadaan tertentu, tetapi kami juga menyudahkan perlawanan dengan  lima penyerang di atas padang.
"Pada mulanya saya memikirkan kami akan mencatat satu keputusan yang  tidak diingini pada hujung saingan, namun nyata pemain pertahanan telah  melakukan tugas dengan amat baik pada separuh masa kedua," tambahnya. -  AFP

No comments:
Post a Comment