About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

01 January 2011

Selamat tahun baru 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAoMq1BBeygwYXrPqqcKun910hulX-feF8EAO04baYYMizyIj5SQQgMcHpUSShgdAFNLvw3xQJnkDOwxB1xG_TM5yPuqcdf7zYVbzuGyvf3PcDoIvL3GDA0cfet0zkC2iVtE7-pJhZD4M/s400/Tahun+Baru+2011+new.bmp

Alhamdulillah dan bersyukur kita kerana telah dipanjangkan umur oleh-Nya dan diberikan peluang untuk menghirup udara dan dapat merasai suasana pada tahun 2011 ini. Seperti biasa pada waktu-waktu sepeti ini, ramai rakan-rakan akan menceritakan kisah-kisah hidup mereka di tahun 2010. Ada kisah yang menarik dan ada kisah yang menyedihkan. Namun bagi aku, itu semua merupakan pengajaran dan pedoman agar kita menjadi lebih kuat untuk meneruskan kehidupan yang sedang kita lalui kini.Kita tutup dulu sementara buku lama dan kita buka buku baru dengan keazaman yang tinggi.


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhc2Gw92FRyt2tAOS2ENDvr_xrPjIepb9yhbskdFtHWd5daRztaK81EtnTuj4ZcyqV9xoDpMHvFpLA5MCz5A4jJrG1HM-xLWWDMiNOwBgkT1qO_dp0wh70TYqKEdflF7MI-JYpJdeq29QoG/s400/Happy_New_Year_2011_wwwhqimagecom_9999846.jpg

Aku mempunyai perancangan yang besar untuk 2011 ni.. Kata orang kalau nak jadi jutawan sebelum umur 25 tak tercapai, cuba pula umur 26, mana tau rezeki datang setelah kita penat berusaha.Aku telah banyak belajar didalam 2010 dalam untuk mencapai cita-cita aku. Semoga segala usaha dan penat lelah aku serta dorongan kawan - kawan yang ingin melihat ku berjaya akan aku laksanakan pada tahun ini...Sekurang - kurangnya matlamat aku untuk menggulung ijazah pada 2010 telah tercapai..Jadi ini akan lagi menaikkan semangat aku untuk terus berjaya ke tahap yang lebih tinggi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwDf7viXmg_GqTMbDzhaGX45tH6hMCTYXeu5jDfZlYlAL32_pDtb7mriYsczNoaJf_ZjvzeF4YGdndN25pKsjGSqzWHSYm4etWXPO53uTiDHSU-vE7ooLQUFs-nmQMbNbtFpFTqljCv8I/s400/Sms+Tahun+Baru+2011+Happy+New+Year+2011.jpg

Jadi, bagaimana pula dengan kamu semua? Tahun 2010 sudah pun berlalu meninggalkan kita semua. Bagaimana pula dengan tahun 2011? Sudahkah kau meletakkan azam dan merancang strategi bagi melaksanakannya? Jangan berlengah lagi wahai kawan-kawan. Segeralah merancang supaya kau bersedia untuk mencapai segala apa yang kau telah niatkan. Ianya tidak akan datang bergolek dengan sendiri. Sedangkan makanan pun perlu disuap, inikan pula impian yang ingin dicapai.Takkan korang hendak duduk di takuk lama untuk selama-lamanya.... Renung-renungkanlah


http://www.auto2000.co.id/images/tahun_baru2011.jpg

Walau apapun, ingin aku ucapkan selamat tahun baru 2011 kepada mereka-mereka yang sedang membaca artikel pertama aku untuk tahun 2011 ini. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXzLbmBJQxIu1ZIoiKCgSO9mk1PgK1sEJWKuWUDox5J-tNMw6Vyd7_-az7638_Qt1pATLOsqQ_Jpz4cZ23HgxFi0ttfLQ-ozGi2vr1JSLBHzP-vPWCVpN6NuK7plKryqrpN0Tiqf9GatM/s1600/Kembang+Api+Tahun+Baru+2010.jpg

SEMOGA BERJAYA!!!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...