About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

02 January 2011

BPL Game 21 : Birmigham vs Arsenal

Nasri and Fabregas destroy Birmingham

Saturday January 1, 2011 Day 21 Finished St. Andrew's

Birmingham City 0 - 3 Arsenal


  • van Persie 13’
  • Nasri 58’
  • Johnson 66’ (o.g.)
BIRMINGHAM: Arsene Wenger, jarang meninggalkan St Andrew dengan senyuman, tapi kemenangan 3-0 Arsenal ke atas Birmingham City menyemarakkan lagi semangatnya untuk meraih kejayaan menentang pasukan yang menjadi pencabar takhta lagi, Manchester City, awal pagi Khamis ini.


Selepas Arsenal menewaskan Chelsea pada perlawanan pertama pada permulaan tempoh rehat, pengurus The Gunners itu menekankan yang pasukannya tidak lagi boleh dibuli dalam saingan merebut gelaran Liga Perdana.


Pasukan London itu membenarkan kata-kata pengurus mereka berasal dari Perancis itu dengan memenangi saingan di gelanggang lawan ke atas pasukan di berada dalam zon penyingkiran, Birmingham, salah satu pasukan yang tidak mudah menyerah kalah, pada hari Tahun Baru.
Bagaimanapun, di antara kemenangan itu, Arsenal mencicirkan mata apabila seri ketika menentang Wigan.


Tetapi, kemenangan hebat ke atas Birmingham menyaksikan Arsenal kini berada di tempat ketiga, dua mata di belakang pendahulu, Manchester United yang kurang satu perlawanan daripada The Gunners dan tempat kedua, Manchester City.


Selepas melihat Arsenal menundukkan Chelsea di tempat sendiri, Wengers kini yakin anak buahnya akan menampilkan aksi memberangsangkan di Stadium Emirates, menentang pasukan di bawah pimpinan Roberto Mancini. Persaingan itu dijangka menjadi detik penentu untuk menyokong prestasi cemerlang mereka selepas di St Andrew.


“Sekarang, kami akan memberi tumpuan lebih kepada perlawanan menentang City,” kata Wenger.


“Ia adalah pertemuan besar dan kami sedang mengenai perkara itu. Kami mempunyai jadual sukar dengan perlawanan di tempat lawan, tapi kini kami sudah kembali beraksi di Emirates.
“Kami sedar betapa pentingnya Emirates buat kami. Kami gembira beraksi di situ dan sedar kami mempunyai sokongan padu setiap kali bermain. Saya berasa gembira kerana dapat bermain menentang semua pencabar kami pada separuh masa kedua musim ini di situ,” katanya.


Wenger berkata, beliau gembira dengan kejayaan pasukan itu kerana ia pertarungan yang sukar, namun mereka mempunyai kekuatan mental kukuh untuk menangani tekanan.


“Kami kekal tenang, yang mana ia bagus dan kami mengekalkan keyakinan utuh ketika bermain. Kerana itulah, saya bangga dengan aksi pasukan ini. Mereka mempamerkan permainan hebat.


“Kami menendang bola rendah dan membuat hantaran mengikut cara kami. Aksi dipamerkan cukup hebat dan pasukan ini semakin kuat,” katanya. - AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...