About

Salam kepada semua . Hidup ini bagaikan lampu dinding, yang terang dimalam hari, bila minyak sudah kering, pasti ia akan padam sendiri.

03 January 2011

BPL Game 21 : Chelsea vs Aston Villa

  Chelsea held by Villa amid late drama

Sunday January 2, 2011 Day 21 Finished Stamford Bridge

Chelsea 3 - 3 Aston Villa


  • Lampard 23’ (pen.)
  • Drogba 84’
  • Terry 89’
  • Young 41’ (pen.)
  • Heskey 47’
  • Clark 90

  •  

LONDON: Penyandang juara, Chelsea terus dirundung malang apabila dua kali mendahului Aston Villa di Stamford Bridge pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi, tetapi pasukan pelawat bangkit menyamakan kedudukan untuk mengikat tuan rumah 3-3.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti berada di landasan terbaik meraih tiga mata selepas gol lewat permainan oleh Didier Drogba dan John Terry, tetapi Ciaran Clark menyamakan kedudukan pada masa kecederaan - menjadikan keadaan lebih sukar untuk Chelsea mempertahan kejuaraan.

Malah kedudukan untuk kelayakan beraksi di Liga Juara-Juara, musim depan juga semakin terlucut daripada genggaman Chelsea yang kini menghuni tangga kelima liga. The Blues hanya menang sekali daripada lapan perlawanan liga dan enam mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Frank Lampard meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-23 menerusi sepakan penalti tetapi pelawat menyamakan kedudukan empat minit sebelum rehat menerusi Ashley Young. Villa menggandakan jaringan menerusi tandukan Emile Heskey (m47).

Chelsea bangkit ketika permainan berbaki enam minit pada masa sebenar menerusi gol Drogba (m84) dan tampak hampir pasti mengutip tiga mata apabila John Terry sekali lagi meletakkan tuan rumah di depan dengan gol minit ke-89.

Namun, tambahan lima minit masa kecederaan memberi Villa peluang menyamakan kedudukan, selepas Clark melepasi perangkap ofsaid untuk menanduk masuk gol penyamaan. - AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...